Carian
Koleksi UNIQLO Roger Federer x JW Anderson – Menawarkan Gaya Fesyen Vintaj Yang Minimalis Dan Selesa Untuk Pelbagai Acara
May 10, 2024 Lina Rosli

UNIQLO melancarkan koleksi baharu untuk musim ini menerusi siri UNIQLO Roger Federer x JW Anderson. Ia merupakan kolaborasi jenama fesyen kontemporari bersama lagenda tenis dunia, Roger Federer, yang menawarkan rekaan pakaian yang diinspirasikan daripada pakaian tenis vintaj.

Menerusi kolaborasi ini, pengguna boleh menggayakan koleksi pakaian UNIQLO Roger Federer x JW Anderson sama ada untuk tetapan kasual ataupun aktif – ini kerana ia mempersembahkan barisan Pakaian Utiliti Sukan baharu yang menggabungkan fungsi, serba boleh dan fesyen.

Koleksi terbaharu ini menampilkan warna-warna vintaj yang bergaya termasuk hijau dan kelabu yang gelap – sesuai untuk anda yang lebih menggemari pakaian dengan tona warna yang selamat.

Antara koleksi yang menarik perhatian adalah kemeja polo dan seluar pendek yang dibuat dengan bahan DRY-EX untuk mencerminkan visi gaya Roger Federer yang boleh dipakai dalam semua jenis tetapan, daripada kehidupan harian yang aktif kepada sukan sepenuhnya

Untuk koleksi UNIQLO Roger Federer x JW Anderson ini juga, ia masih lagi menampilkan kepada pengguna bahan dan kain yang sesuai digunakan untuk pelbagai iklim yang berbeza. Dengan kehadiran fungsi dan rekaan berkualiti, pastinya koleksi ini membuatkan fesyen harian terasa lebih menyenangkan di samping memberikan keselesaan maksima.

Berikut adalah beberapa koleksi yang ditawarkan UNIQLO Roger Federer x JW Anderson:

  • Lightweight Parka – RM 179.90
  • Nylon Jogger Pants – RM 149.90
  • AIRism Polo Shirt – RM 99.90
  • DRY-EX Polo Shirt – RM 99.90
  • DRY-EX V-Neck T-Shirt – RM 59.90
  • Ultra Stretch DRY-EX Shorts – RM 129.90
Komen