Carian
Ahalo Butter, Ahalo Honey, Theratis Dan Fun Azum Kini Boleh Didapati Secara Eksklusif Di guardian Malaysia
May 10, 2024 Lina Rosli

Bagi anda yang sedang mencari-cari produk penjagaan rambut yang bersesuaian, mungkin anda boleh menambah rangkaian produk rambut no.1 dari Jepun ke dalam senarai pembelian.

Menampilkan 4 pilihan jenama – Ahalo Honey, Ahalo Butter, Fun Azum dan Theratis, i-Care Marketing membawakan produk penjagaan yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi yang bersesuaian dengan keperluan pelbagai jenis rambut.

Memfokuskan kepada penambaikan kekuatan akar rambut, Ahalo Butter berfungsi dalam menguatkan semula sel-sel rambut di samping memberikan rambut yang bersinar. Rangkaian produk ini diformulakan dengan gabungan minyak-minyak yang baik seperti minyak botani dan ceramides yang membantu membaiki rambut rosak.

Sementara Ahalo Honey pula berfungsi dalam mengembalikan semula kelembapan rambut. Ia juga mengandungi nutrien-nutrien baik yang membantu menjadikan rambut anda tampak lebih muda.

Untuk Fun Azum pula, ia menawarkan hasil kemasan rambut seolah didandan oleh pakar-pakar profesional di salon kecantikan. Manakala Theratis by Mixim boleh digunakan untuk anda yang mungkin memerlukan sentuhan lembut selepas pulang dari kerja – produk penjagaan rambut untuk waktu malam.

Menarik bukan? Bagi anda yang berminat, kesemua rangkaian produk no.1 dari Jepun ini boleh mula didapati pada hari ini di semua guardian di sekitar Malaysia dan nikmati juga tawaran promosi pada harga yang berbaloi.

Komen