Carian
CHAGEE Kini Mempunyai 100 Cawangan Di Seluruh Malaysia
May 13, 2024 Lina Rosli

Bermula sejak 2019, tahun demi tahun, CHAGEE masih lagi aktif dalam memperluaskan penawaran mereka – yang kini sudah mempunyai sekitar 100 cawangan di seluruh negara.

Bagi meraikan kemeriahan pembukaan cawangan mereka yang ke-100, CHAGEE hadir dengan pelbagai tawaran menarik seperti pemberian 20,000 cawan Lapsang Souchong Black Milk Tea secara percuma dengan menyertai permainan kuiz yang akan berlangsung pada 13 hingga 16 Mei 2024 – tertakluk pada terma dan syarat.

Selain itu, anda juga boleh merebut peluang mendapatkan cawan edisi terhad percuma dengan pembelian minuman Osmanthus Long Jing (1) dan Lapsang Souchong Black Milk Tea pada 17 hingga 21 Mei 2024.

Sebelum ini, pada September 2023, CHAGEE mengumumkan akan pemerolehan pengiktirafan sijil halal dari JAKIM untuk barisan produk mereka.

Menerusi pengumuman ini, CHAGEE menyatakan bahawa penggemar minuman teh mereka kini tidak perlu ragu-ragu lagi dengan keperluan syariah yang dituntut oleh agama Islam.

Selain itu, Mac 2024 pula, kedai minuman teh ini mula memperkenalkan cawangan pandu-lalu pertama di Seremban 2, Negeri Sembilan.

Cawangan pandu-lalu CHAGEE ini juga merupakan yang pertama di peringkat global sejak 7 tahun ia diperkenalkan, iaitu pada tahun 2017 – kini sudah diperluaskan ke beberapa negara termasuk Thailand, Singapura, Brunei, Vietnam dan banyak lagi.

Menerusi pengenalan ini, pengguna kini boleh pesanan terus daripada kereta untuk mendapatkan sajian minuman yang digemari seperti White Peach Oolong Tea, Jasmine Green Tea, Da Hong Pao, Osmanthus Oolong Milk Tea dan lain-lain.

Komen