Arus Oil mengumumkan yang mana mereka akan membuka pusat pelupusan minyak masak terpakai yang inovatif – ini bagi menyediakan kepada komuniti akan penyelesaian yang mudah dan mesra alam untuk melupuskan minyak masak terpakai (UCO).
Menurut Arus Oil, tapak peplupusan ini direka bentuk untuk menangani isu pengurusan minyak masak dalam kalangan isi rumah di Malaysia.
Oleh itu, dengan memperkenalkan tempat pelupusan UCO yang betul dan selamat, ini sedikit sebanyak dapat menghalangnya daripada memasuki saluran air kita dan menyebabkan kemudaratan kepada alam sekitar dan kesihatan.
Bukan itu sahaja, di pusat pelupusan ini juga, ia akan menawarkan perkhidmatan mengisi semula balang lilin oleh Lit & Lull, membolehkan pelanggan mengisi semula lilin wangi kegemaran mereka sambil mengurangkan sisa.
Bagi yang ingin berkunjung ke lokasi tapak pelupusan ini, Pusat Pelupusan Minyak Masak Terpakai Arus Oil terletak di No. 30, Jalan Industri USJ 1/4, Taman Perindustrian USJ 1, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.