Carian
Samsung Electronics Malaysia Memperkenalkan Model Televisyen Pintar Terbaharu – Neo QLED 8K Dan 4K Serta TV OLED Yang Dikuasakan AI
May 14, 2024 Lina Rosli

Samsung Electronics Malaysia memperkenalkan barisan televisyen pintar yang dilengkapi dengan teknologi tercanggih mereka – Neo QLED 8K dan 4K serta TV OLED yang dikuasakan oleh AI.

Dengan teknologi canggih dan ciri inovatif, televisyen pintar berkuasa AI terbaharu Samsung hadir untuk mengubah pengalaman hiburan rumah pengguna – peningkatan dalam prestasi dan pengalaman penggunaan.

Apa Yang Menarik Pada Samsung Neo QLED 8K?

Menetapkan penanda aras baharu dengan kualiti gambar yang lebih jitu, teknologi audio premium dan dilengkapi dengan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan, Neo QLED 8K mentakrifkan semula pengalaman menonton dengan pemproses NQ8 AI Gen3 yang inovatif.

Selain itu, untuk model TV Neo QLED 8K juga, ia menampilkan ciri 8K AI Upscaling yang berfungsi untuk meningkatkan kandungan – selain turut hadir dengan AI Motion Enhancer Pro yang meningkatkan kejelasan paparan visual.

Tersedia dalam dua model, QN800D dan QN900D ditawarkan dalam 75 dan 85 inci. Model QN900D secara khusus mempunyai rekaan skrin infiniti yang merangkumi profil sisi langsing dengan skrin 13.1mm, serta disokong oleh Mystic Floating Stand yang menggambarkan kesan cermin yang unik.

Apa yang menarik lagi, Samsung turut memperkenalkan teknologi Active Voice Amplifier (AVA) Pro Function yang bertindak sebagai penggalak dialog AI yang menggunakan teknologi pembelajaran mendalam untuk menguatkan audio dialog dan suara pada skrin supaya lebih jelas.

Teknologi lain yang diperkenalkan termasuklah ciri Environment Adaptive Brightness yang mana televisyen pintar melaraskan kecerahannya secara dinamik berdasarkan perubahan dalam pencahayaan rumah.

Apa Yang Menarik Pada Samsung Neo QLED 4K?

Sementara untuk Neo QLED 4K 2024, ia menggunakan cip pemproses NQ4 AI Gen2 – memberi nafas baharu kepada setiap adegan, memberikan resolusi 4K yang menakjubkan.

Ia juga dilengkapi dengan Real Depth Enhancer Pro dan Quantum Matrix Technology, yang mana akan menjamin kontras yang luar biasa pada skrin. Untuk model ini, ia tersedia dalam saiz antara 55 hingga 98 inci.

Samsung Memperkenalkan Binaan Skrin Matte Pada Skrin Televisten OLED 2024

Samsung juga memperkenalkan OLED yang menggunakan skrin matte, menghapuskan pantulan cahaya di samping menghasilkan imej yang jelas dalam sebarang keadaan pencahayaan.

Dikuasakan oleh Pemproses NQ4 AI Gen2 sama seperti barisan Samsung Neo QLED 4K, televisyen pintar OLED Samsung mempunyai ciri seperti Real Depth Enhancer dan OLED HDR Pro – untuk membawa kualiti gambar ke tahap yang lebih tinggi.

Bagi anda yang berminat, televisyen pintar Samsung Neo QLED 8K QN900D dengan pemproses NQ8 AI Gen3 ditawarkan pada harga RM46,999, manakala Samsung Neo QLED 4K ditawarkan pada harga bermula RM8,299 dan Samsung OLED TV 2024 pula dijual pada harga bermula RM15,999.

Komen