Carian
Koleksi UNIQLO x SWEDEN ATHLETE Bakal Tiba Di UNIQLO Fahrenheit88 Awal Jun Ini
May 15, 2024 Lina Rosli

UNIQLO mengumumkan penawaran koleksi UNIQLO x SWEDEN ATHLETE yang akan muncul di kedai Fahrenheit88 pada hari Isnin, 3 Jun ini.

Bertemakan Kesederhanaan LifeWear Berprestasi Tinggi, rangkaian khas musim panas 2024 ini dibangunkan dengan kerjasama rapat dengan atlet elit Sweden. Koleksi ini menggabungkan kefungsian yang luar biasa dengan penggayaan yang canggih untuk digunakan dalam pertandingan sukan, atau di jalan-jalan bandar.

Barisan ini pakaian ini juga mempamerkan fabrik UNIQLO berprestasi tinggi untuk meningkatkan prestasi. Ini termasuk DRY EX yang cepat kering, Ultra Stretch yang mempunyai kelebihan meregang secara bebas – selain turut hadir dengan versi AIRism yang menyedut peluh dengan pantas untuk mengekalkan keselesaan.

Selain itu, UNIQLO turut melakukan penambahbaikan termasuk potongan mesh dan lubang pengudaraan di kawasan yang terdedah kepada peluh yang kuat.

Untuk kesemua koleksi ini, ia dilengkapi dengan reka bentuk yang ringkas namun halus. Menjadikannya lebih menarik, UNIQLO menggunakan skema warna yang bersahaja – bagi memberikan keseimbangan sempurna antara keselesaan dan mobiliti.

Komen