Carian
Cawangan Terbesar MPH Bookstores Kini Dibuka Di The Exchange TRX
May 16, 2024 Lina Rosli

Bagi penggemar buku di Kuala Lumpur, nampaknya kini anda boleh menambah satu lagi tempat yang boleh dikunjungi iaitu MPH Bookstores di The Exchange TRX.

Cawangan MPH Bookstores ini merupakan cawangan terbesar mereka yang kini telahpun membuka tirai penawarannya kepada umum – dibuka di aras 2, Lot 28 -29A.

Berdasarkan perkongsian di laman rasmi MPH Bookstores, cawangan baharu ini akan menampilkan variasi pilihan buku dari pelbagai segmen bacaan termasuk kanak-kanak, awal remaja, pengetahuan umum dan ilmiah serta banyak lagi.

Anda boleh menjangkakan yang mana kedai buku ini bakal hadir dengan penawaran yang meriah selain turut akan menampilkan pelbagai servis lain yang menarik khusus buat penggemar buku pada era moden ini.

Bukan itu sahaja, menjadikan suasana di kedai buku ini lebih tenang dan minimalis, MPH Bookstores memperlihatkat tema rekaan ala moden dengan penggunaan warna lampu yang lebih kekuningan.

Jika anda mendongak ke atas siling, ia menampilkan susunan lampu 4 segi yang kontemporari selain turut memperlihatkan susunan papan dinding yang kemas – untuk menunjukkan kategori-kategori buku yang tersedia di kedai.

Di kedai ini juga, MPH Bookstore hanya menggunakan rak-rak buku yang bersaiz sederhana. Kesemuanya menggunakan perabot yang diperbuat daripada bahan kayu yang sama bagi memberikan imej kedai yang lebih kemas.

Jadi, bagi anda yang berminat untuk berkunjung ke MPH Bookstore The Exchange TRX, lokasi kedai buku ini terletak di Aras 2, Lot 28-29A. Bersempena pembukaan cawangan ini juga, anda boleh menikmati pelbagai diskaun menarik, serta ganjaran yang lumayan bagi setiap pembelian buku.

Komen