Carian
Samsung Bottom Mount Freezer – Peti Sejuk Dengan Rekaan Pintu Boleh Balik Dan Dilengkapi Pembahagi Air
May 20, 2024 Lina Rosli

Di dalam dunia yang serba moden ini, semua individu pastinya menginginkan sesuatu yang serba lengkap tetapi serba ringkas. Sebagai contoh, untuk sesuatu produk, perlulah menampilkan ciri dan fungsi yang menyeluruh tetapi masih lagi mengekalkan estetika rekaan yang menjadikannya lebih cantik untuk dipandang.

Oleh itu, kebanyakan jenama produk sangat menitikberatkan kedua-dua perkara ini iaitu kemudahan dan gaya.

Baru-baru ini, Samsung Electronics Malaysia telah memperkenalkan Samsung Bottom Mount Freezer – peti sejuk anggun yang direka dengan teliti untuk meningkatkan kedua-dua fungsi dan estetika, menyepadukan dengan lancar ke tengah-tengah rumah anda.

Salah satu ciri yang pastinya menarik perhatian ramai pada Samsung Bottom Mount Freezer adalah penawaran pembahagi air atau water dispenser.

Lebih-lebih lagi sewaktu musim panas ini, pastinya kemudahan mendapatkan air sejuk yang menyegarkan adalah keperluan utama setiap individu. Oleh itu, dengan tersedianya pembahagi air pada Samsung Bottom Mount Freezer ini, ia akan menjadi mata tambahan untuk individu menyenaraikannya di dalam senarai kelengkapan yang perlu ada di setiap rumah.

Pembahagi air bebas BPA pilihan dari Bottom Mount Freezer ini menawarkan air sejuk yang ditapis dengan hanya satu sentuhan sekaligus menghilangkan keperluan untuk membuka peti sejuk setiap kali anda mencari air yang segar.

Selain itu, dengan pembahagi air yang terbina juga, ia turut mengelakkan kerumitan dan kos untuk membeli mesin pembahagi air tambahan. Jimat bukan?

Selain itu, Samsung turut memperkenalkan The Reversible Door pada Bottom Mount Freezer ini. Sama seperti memperibadikan ruang kegemaran anda, ciri Pintu Boleh Balik pada Bottom Mount Freezer membolehkan anda membuat susun atur dapur yang sesuai dengan tabiat harian anda.

Sama ada anda lebih suka bukaan kiri atau kanan, reka bentuk inovatif ini menyesuaikan diri dengan lancar, selain turut memperkasakan anda untuk menyusun dapur yang selaras dengan gaya hidup anda.

Bagi anda yang ingin mendapatkan peti sejuk Samsung Bottom Mount Freezer ini, ia ditawarkan pada harga bermula RM4099 sebuah. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi Samsung di https://www.samsung.com/my/refrigerators/bottom-mount-freezer/

Komen