Jika ditanya individu pada hari ini, apakah barang atau produk yang mereka tidak boleh hidup tanpanya dalam tempoh sehari – pastinya mereka akan menjawab ‘telefon pintar’!
Tidak kira untuk menangkap gambar, menggunakan peta ataupun untuk berhubung dengan keluarga dan rakan, telefon pintar adalah keperluan yang sentiasa perlu ada di dalam beg.
Dan dengan kehadiran siri Samsung Galaxy A – telefon pintar ini boleh dijadikan sebagai adalah ‘teman’ di sisi anda.

Menurut Samsung, untuk model Samsung Galaxy A55 5G ini, ia telah direka bentuk agar sesuai dengan lancar ke dalam rutin harian anda dan mengurangkan beban itu dari bahu anda, supaya anda boleh fokus pada perkara yang benar-benar penting tanpa semua tekanan tambahan.
Dengan reka bentuk yang anggun dan moden, Samsung Galaxy A55 5G bukan sahaja kelihatan bergaya tetapi juga menawarkan prestasi dan ketahanan yang dapat memenuhi keperluan anda.
Samsung Galaxy A55 5G – ‘Teman’ Yang Anggun
Untuk model kali ini, Samsung Galaxy A55 5G hadir dengan rekaan sisi rata untuk rupa dan rasa anggun selain turut menggunakan logam aluminium yang memberikan ketahanan.
Bukan itu sahaja, Samsung Galaxy A55 5G dilindungi dua kali ganda oleh Gorilla Glass Victus+ yang teguh yang memastikan ia tahan lasak untuk kegunaan harian. Ia juga telah direka bentuk untuk menahan ujian masa, dan masih kelihatan hebat setiap masa, sepanjang masa.

Samsung Galaxy A55 5G – ‘Teman’ Yang Melindungi
Memperkenalkan Samsung Knox Vault, teknologi dengan ciri keselamatan terbaru, yang kini tersedia pada Galaxy A55 5G dan A35 5G baharu. Disepadukan dengan lancar, Knox Vault memperkukuh peranti anda daripada ancaman siber.
Ciri keselamatan yang ditawarkan Samsung Knox Vault mengukuhkan ketersambungan dan melindungi maklumat sensitif, menjamin keyakinan anda dengan mengekalkan privasi anda tepat seperti yang sepatutnya – dilindungi dengan hebat dan boleh dipercayai.

Samsung Galaxy A55 5G – ‘Teman’ Yang Menyimpan Memori
Selain itu, Samsung turut menawarkan ciri Nightography yang dipertingkatkan pada Galaxy A55 5G dan A35 5G, dikuasakan oleh Pemprosesan Isyarat Imej AI (ISP) termaju untuk imej cahaya malap yang lebih bertenaga dan jelas.
Ia juga hadir dengan ciri penstabilan video 4K yang membolehkan anda merakam detik-detik terindah di sepanjang masa. Dengan teknologi rakaman termaju yang merangkumi perincian 6 bilion warna, Samsung Galaxy A55 5G memberikan video anda kejelasan di samping menawarkan pengalaman penggunaan yang lancar.
Menarik bukan? Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Samsung Galaxy A55 5G, layari laman web rasmi Samsung bermula hari ini!