LG Malaysia memperkenalkan inovasi teknologi penyejukan terbaru mereka menerusi siri LG ARTCOOL, yang kini boleh didapati di seluruh negara.
LG ARTCOOL yang terbaharu ini menyepadukan teknologi penyejukan yang termaju dengan reka bentuk minimalis yang anggun untuk menyampaikan keselesaan optimum tanpa menjejaskan nilai estetika.
Berbeza dengan siri penyaman udara LG yang lain, siri ini memfokuskan kepada teknologi dan reka bentuk bagi menambah baik kehidupan seharian dan kecekapan ruang demi keselesaan optimum walaupun dalam negara kita yang bercuaca panas dan lembap.
Bercakap mengenai reka bentuk, penyaman udara ini sememangnya kelihatan anggun dan bergaya yang mana ia tersedia dalam kemasan cermin dan hijau menambahkan sentuhan elegan dan moden pada mana-mana ruang yang pasti meningkatkan lagi gaya dan suasana kediaman atau pejabat.
Dilengkapi juga dengan Plasmaster Ionizer++, LG ARTCOOL dapat menapis habuk dan menghapuskan 99.9% bakteria dengan berkesan untuk memastikan kualiti udara kekal bersih dan sihat. Bukan itu sahaja, ia turut hadir dengan Dual Inverter Compressor yang memberikan kecekapan tenaga yang luar biasa untuk mengurangkan penggunaan elektrik tanpa menjejaskan fungsi penyejukan.
Di samping itu, pengguna juga boleh menggunakan aplikasi ThinQ untuk memantau dan mengawal tetapan penghawa dingin dari mana-mana sahaja. Fungsi ini menambahkan lagi kemudahan dan fleksibiliti kepada kehidupan seharian setiap pengguna.
Untuk harga penyaman udara LG ARTCOOL ini, ia ditawarkan pada harga:
- LG ARTCOOL 1hp berharga RM2649
- LG ARTCOOL 1.5hp berharga RM3249
- LG ARTCOOL 2hp berharga RM5199
- LG ARTCOOL 2.5hp berharga RM5899