HABIB baru-baru ini memperkenalkan Koleksi Anyaman 2.0 Wafer Syiling Emas 999.9 Edisi Terhad, sebagai kesinambungan kepada edisi pertamanya yang mendapat sambutan yang baik, dilancarkan bersempena Kempen Raya tahunan, Rantaian Kasih baru-baru ini.
Menampilkan lima rekaan baharu yang mengetengahkan kehalusan motif Kelarai seperti Kelarai Bunga Tanjung, Kelarai Kepala Gajah, Kelarai Mak Mek, Kelarai Tulang Belut dan Motif Pinaluaf, setiap rekaan didatangkan dalam warnanya yang tersendiri dan menceritakan keindahan dan keunikan disebalik setiap motif.

#1 Kelarai Bunga Tanjung
Tumpuan utama pada rekaan ini merupakan Kelarai Bunga Tanjung yang mempamerkan kelopaknya yang manis dan berseri. Motif ini bukan sahaja mencerminkan kecantikan semulajadi, malah turut melambangkan kasih dan kedamaian dalam budaya Malaysia.
Mengambil inspirasi daripada keindahan flora, rekaan ini disusun halus untuk menggabungkan elemen daripada Kelarai Bunga Tanjung, Kelarai Bunga Cina, dan Kelarai Asas dengan sempurna.

#2 Kelarai Kepala Gajah
Kelarai Kepala Gajah mengambil inspirasi daripada corak kain yang menutupi kepala gajah tunggangan raja-raja, yang secara sejarahnya menampilkan unsur kemegahan seekor gajah. Reka bentuk ini menggabungkan motif harmoni Kelarai Kepala Gajah, Kelarai Kisar Mengiri, dan Kelarai Kepala Lalat.

#3 Kelarai Mak Mek
Memperkenalkan motif Kelarai Mak Mek yang telah dicipta oleh Hajah Semek yang berasal dari Kelantan. Berakar pada seni Anyaman simbol ‘X’ yang berulang, reka bentuk ini mengambil inspirasi daripada kehalusan motif dari Ulu Marang, Terengganu. Teras rekaan ini terhasil daripada gabungan tiga motif yang berbeza: Kelarai Mak Mek, Kelarai Pucuk Jala, dan Kelarai Beras Patah.

#4 Kelarai Tulang Belut
Motif Kelarai Tulang Belut merupakan reka bentuk tenunan Anyaman yang menindih garisan lipatan secara berulang. Ia juga digunakan dalam pakaian tradisional Malaysia seperti Baju Kurung dan Teluk Belanga. Reka bentuk ini mengambil inspirasi daripada tiga motif geometri yang berbeza yang terdapat dalam Kelarai Tulang Belut, Kelarai Pecah Lapan, dan Kelarai Berhati.

#5 Motif Pinaluaf
Motif Pinaluaf mengangkat kepelbagaian etnik di Sabah dan mengambil inspirasi daripada kehalusan corak yang mencerminkan cara hidup unik yang berbeza serta kekayaan budaya mereka. Berasal daripada keindahan budaya-budaya Sabah, rekaan motif Murut-Borneo ini menggabungkan secara harmoni elemen Motif Pinaluaf.

Bagi yang berminat, oleksi Anyaman 2.0 Wafer Syiling Emas 999.9 ini boleh didapati secara individu pada harga RM138 sekeping ataupun set lima keping yang didatangkan bersama sarung edisi terhad eksklusif bernilai RM728, setiap keping mempunyai berat 0.2 gram.
Siri wafer syiling emas 999.9 bertemakan Anyaman ini mengetengahkan tarikan dan keindahan seni tradisional Malaysia, menjadikannya koleksi yang indah buat pengumpul barangan edisi terhad, serta hadiah yang unik buat yang tersayang.