Carian
foodpanda Memperkenalkan Jenama Barangan Runcit ‘bright’ Di Dalam pandamart
May 29, 2024 Lina Rosli

Bagi memudahkan anda mendapatkan barangan runcit keperluan anda, kini foodpanda Malaysia mula memperkenalkan jenama barangan runcit tersendiri – dikenali sebagai bright.

Menerusi bright, anda boleh mendapatkan barangan-barangan mentah seperti ikan, ayam dan makanan laut – selain turut menawarkan pilihan barangan bakeri dan pantri keperluan rumah dan juga produk penjagaan kulit.

Untuk pengetahuan anda, jenama bright ini sebenarnya telahpun mula berada di pasaran sejak tahun 2021 – dan kini ia mula memperluaskan pilihan produk termasuklah buah-buahan segar dan juga produk pembersih.

Menurut foodpanda, jenama bright ini akan menampilkan barangan dengan harga yang mampu milik disamping memastikan kualiti produk kekal terjamin. Pengguna dikatakan boleh menikmati penjimatan sekitar 25% jika membeli barangan dari jenama bright – berbanding barangan bukan bright.

Sekiranya anda ingin mula membeli barangan-barangan keluaran bright, ianya boleh mula diterokai bermula hari ini di aplikasi foodpanda menerusi pandamart.

Komen