Carian
Lawati Wonderpark Melaka, Taman Tema Keluarga Tertutup Sewaktu Musim Cuti Sekolah Ini
May 30, 2024 Lina Rosli

Wonderpark Melaka, taman tema keluarga tertutup di Melaka, kini sedia untuk dikunjungi mulai tahun 2024 selepas projek naik tarafnya baru-baru ini.

Sebagai sebuah destinasi pilihan pelancongan bagi keluarga, golongan muda, sekolah dan kumpulan pendidikan, Wonderpark Melaka menyuntik nafas baharu kepada hiburan keluarga dengan menyatukan keseronokan tanpa had dan pembelajaran kreatif bagi semua peringkat umur di Malaysia.

Anda boleh mengalami pelbagai aktiviti “Creative-fun” yang dirancang untuk mencetuskan imaginasi dan kreativiti, serta meningkatkan tumpuan anda pada kegembiraan tanpa had dan juga pembelajaran kreatif.

Bersempena Tahun Melawat Melaka 2024, Wonderpark Melaka berhasrat mengukuhkan kedudukannya sebagai antara tarikan pelancong yang terbaik di Melaka, selaras dengan komitmen berterusannya untuk melakukan penambahbaikan dan memperkenalkan permainan serta tarikan baharu.

Di Wonderpark Melaka menyediakan pelbagai pengalaman interaktif dan mencabar untuk semua tetamu. Pada masa ini, ia menawarkan lebih 30 permainan menarik yang direka bagi memenuhi citarasa dan keperluan setiap ahli keluarga, daripada Giant Playground Section hinggalah ke STEM4D Max Classroom. Projek naik taraf terbarunya juga membawa pelbagai tarikan baharu termasuk Candyworld Selfie Zone baharu, kiosk foto kamera 360°, dan Karaoke Zone yang dipertingkatkan.

Bagi anda yang ingin berkunjung ke Melaka, Wonderpark Melaka dibuka dari 10.00 pagi hingga 7.00 petang dan menawarkan harga tiket yang berpatutan.

  • Dewasa – RM25 (Isnin-Khamis)
  • Dewasa – RM30 bersama baucar makanan dan minuman bernilai RM30 (Jumaat – Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah)
  • Warga emas berumur 65 tahun ke atas dan kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah – Percuma setiap hari
  • Golongan berkeperluan khas – Diskaun 50% untuk harga tiket

Selain aktiviti-aktiviti hebat, taman tema ini juga menawarkan pelbagai Pakej Hari Jadi yang memberi memori indah untuk hari istimewa si kecil anda — termasuk makanan, hiasan dan hiburan yang disediakan oleh pasukan Wonderpark Melaka.

Selain itu, Pakej Lawatan Sambil Belajar juga disediakan untuk para pelajar — termasuk satu tiket masuk, satu hidangan makanan, dan satu kit pendidikan yang mengandungi silibus untuk aktiviti-aktiviti ilmiah yang berlangsung di sekitar taman itu. Ini bukan sahaja menjanjikan lawatan sehari yang menyeronokkan, tetapi juga bermanfaat untuk pembelajaran mereka.

Tunggu apa lagi? Jom kunjungi Wonderpark Melaka di Lot 2F-2C, 2nd Floor, The Shore Shopping Gallery, Melaka, untuk cuti sekolah yang bermanfaat dan menyeronokkan!

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.wonderpark.my/.

Komen