Lush Malaysia, syarikat kosmetik segar buatan tangan yang diasaskan di Britain, melancarkan pameran sulung Lush Malaysia Showcase 2024 di Sunway Pyramid. Acara selama empat hari ini yang berlangsung dari 30 Mei hingga 2 Jun 2024 ialah usaha murni Lush untuk meningkatkan tahap kesedaran orang ramai tentang perubahan iklim dan akibatnya terhadap terumbu karang.
Pengunjung pameran diperkenalkan kepada pembungkusan mesra alam, produk-produk yang dihasilkan dengan ihsan dan proses penyumberan Lush yang beretika. Semua elemen ini menyumbang kepada dunia yang lebih damai bagi generasi akan datang.
Pameran ini akan tercatat sebagai sejarah penting dalam usaha Lush menuju ke arah masa depan yang lebih lestari dan beretika. Menampilkan trend terkini, Lush juga menjadi penanda aras kepada model peranan positif dalam aspek kecantikan lestari dan impak kepada komuniti dengan memaparkan kesan buruk daripada pencemaran plastik dan pemutihan terumbu karang terhadap aspek kesihatan lautan.
Sementara itu, Lush Malaysia juga melancarkan kerjasama strategik dengan Coralku, sebuah organisasi penyelidikan terumbu karang bukan berasaskan keuntungan yang terlibat dalam usaha pemulihan dan pemuliharaan.
Kerjasama ini bertepatan dengan misi Lush untuk meningkatkan tahap kesedaran tentang ancaman terhadap terumbu karang di Malaysia dengan membantu projek pemuliharaan terumbu karang di sekitar Pulau Lang Tengah.
Sejak 2022, Lush menanam 450 fragmen terumbu di lapangan bersama Coralku. Bagi meneruskan kesinambungan usaha pemuliharaan ini, Lush berhasrat untuk menambah jumlah fragmen terumbu karang bagi menyumbang kepada usaha merealisasikan Lush Reef Garden.
Lush Malaysia juga dengan berbesar hati mengumumkan pelancaran aplikasi kecantikannya yang ditunggu-tunggu ramai, The Lush MY App.
Aplikasi tersebut diumumkan pada hari pertama Lush Malaysia Showcase 2024 yang sangat dinanti-nantikan bermula pada 30 Mei hingga 2 Jun 2024, dan memfokuskan kepada pemuliharaan dan kelestarian lautan.
Aplikasi Lush MY yang inovatif dibangunkan untuk merevolusikan pengalaman membeli-belah produk kecantikan pelanggan menerusi ciri-ciri yang diperibadikan dan bersifat interaktif. Aplikasi ini memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati tawaran eksklusif dengan mudah, membeli produk kegemaran mereka dan menikmati ganjaran unik.
Ia membantu pelanggan untuk mengetahui kempen-kempen yang akan datang, semuanya menerusi sebuah platform yang lancar dan mesra pengguna.
ng dihasilkan dengan penuh ihsan, dan kerjasama strategik, Lush berusaha untuk memberi impak positif kepada alam sekitar dan komuniti di seluruh dunia.
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang produk, nilai-nilai, dan pelbagai inisiatif etika Lush, sila layari https://lush.my.