Carian
SKINMADE Memperkenalkan 15% Vitamin C + Bio Stemcell Super Brightening Serum
June 4, 2024 Lina Rosli

SKINMADE, jenama penjagaan kulit Malaysia telah hadir dengan inovasi dan formula yang terbukti secara saintifik mampu memberikan penambahbaikan kulit – menerusi pengenalan serum 15% Vitamin C + Bio Stemcell Super Brightening Serum.

Diinspirasikan oleh sains melanogenesis, serum ini dibuat untuk menyasarkan pelbagai laluan pigmen dan berfungsi untuk meningkatkan keserian kulit. Ia berfungsi memberikan penambahbaikan dalam tona kulit yang tidak sekata, mengurangkan bintik-bintik hitam dan tanda-tanda selepas jerawat.

Selain itu, serum 15% Vitamin C + Bio Stemcell Super Brightening ini juga dijamin tidak menyebabkan kerengsaan kulit.

Tambah SKINMADE juga, serum ini menampilkan formulasi pertama di dunia yang menggabungkan bahan-bahan pencerahan yang unggul seperti Sel Stem ‘The Smart Brightener’ dengan 3 Peptida Pintar yang memfokuskan pencerahan dan 11 Penggerak Pencerah Berkuasa.

Serum Super Brightening ini juga mampu memberi keberkesanan maksimum dalam memerangi hiperpigmentasi, membantu anda mencapai kulit yang lebih berseri, mulus dan sihat.

Sesuai untuk kedua-dua rutin harian, pagi dan malam, 15% Vitamin C + Bio STEMCELL Super Brightening Serum (30 ml) terbaru ini kini boleh didapatkan pada harga diskaun RM110 pada platform edagang seperti TikTok Shop, Shopee dan Lazada.

Untuk informasi selanjutnya mengenai jenama ini atau 15% Vitamin C + Bio STEMCELL Super Brightening Serum yang terbaru, sila layari https://www.myskinmade.com/.

Komen