Carian
Kajian Menunjukkan 21.2% Kanak-Kanak Di Malaysia Mengalami Tumbesaran Terbantut Akibat Kekurangan Nutrisi
June 5, 2024 Lina Rosli

Sempena sambutan Hari Nutrisi Sedunia, Danone mengenengahkan isu nutrisi yang dihadapi oleh kanak-kanak  di Malaysia. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022, 21.2 peratus kanak-kanak di Malaysia mengalami tumbesaran terbantut akibat kekurangan nutrisi.

Cabaran ekonomi dan kos sara hidup yang kian meningkat secara langsung menjejaskan kemampuan keluarga untuk menyediakan nutrisi yang mencukupi untuk anak-anak mereka.

Menyedari masalah ini, Danone tampil ke hadapan untuk menawarkan sokongan nutrisi yang mampu milik serta bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah tumbesaran.

Menurut Angie Low, Pengarah Hal Ehwal Perubatan & Akses Pasaran Inovasi Kesihatan SEA di Danone, di Malaysia, Danone telah berinovasi untuk memberikan solusi nutrisi terbaik  bagi menyokong pertumbuhan dan kesejahteraan kanak-kanak Malaysia.

Semua produk Danone direka khas untuk memenuhi keperluan khusus kanak-kanak termasuklah mereka yang mengalami masalah tumbesaran seperti kurang berat badan dan tumbesaran terbantut.

Tambah beliau lagi, sambil individu meraikan Hari Nutrisi Sedunia, ia adalah penting untuk memfokuskan kepada penyelesaian nutrisi yang lestari untuk kanak-kanak. Ini bukan sekadar memahami keperluan nutrisi kanak-kanak, tetapi juga mengambil tindakan secara tegas.

Memperkasakan Keluarga Dengan Nutrisi Yang Betul

Menangani masalah tumbesaran terbantut dan kekurangan zat makanan melalui intervensi awal dan sokongan nutrisi yang berterusan adalah penting bagi meningkatkan kesihatan serta pencapaian akademik kanak-kanak.

Nutrisi yang lengkap dan seimbang, tinggi kalori dan padat nutrien, serta merangkumi nutrien penting seperti protein, kalsium, zink, fosforus, vitamin D, dan DHA adalah penting untuk perkembangan optimum tulang, otot, dan otak kanak-kanak.

Di samping itu, semua kanak-kanak memerlukan masa tidur yang mencukupi, masa bermain, serta penerapan tabiat nutrisi yang baik dalam rutin harian mereka. Jadi, sokongan dan pemantauan ibu bapa adalah penting untuk memastikan semua keperluan ini dipenuhi.

Dugro Sure PLUS dirumus secara saintifik bagi memastikan semua kanak-kanak mempunyai akses kepada nutrien yang penting untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan mereka. Produk ini berasaskan formula 1kcal/ml yang berkalori tinggi serta lengkap dengan nutrisi, bagi menyediakan makronutrien dan mikronutrien untuk tumbesaran kanak-kanak.

Malah, ia juga padat dengan DHA yang menyokong perkembangan otak serta mikronutrien penting seperti kalsium, vitamin D, dan zat besi untuk tumbesaran keseluruhan dan perkembangan tulang yang kuat.

Untuk maklumat lanjut tentang Dugro Sure PLUS dan inisiatifnya, anda boleh layari laman web rasmi di https://www.dugro.com.my/bm/sureplus.html 

Komen