Carian
Berus Gigi Elektronik Oral-B iO Series 5 Hadir Dengan Ciri Pintar Yang Membantu Mengesan Tekanan Memberus Ke Atas Gigi
June 6, 2024 Lina Rosli

Baru-baru ini, Oral-B telah memperkenalkan Oral-B iO Series 5 – berus gigi elektronik baharu yang memberikan reka bentuk, prestasi dan pengalaman yang unggul untuk perasaan bersih profesional setiap hari.

Bagi yang tidak mengetahui, Oral-B iO sebelum ini telahpun hadir dengan beberapa penawaran untuk pembersihan gigi dan kesemuanya akan menjalani penyelidikan selama 6 tahun untuk memastikan orang ramai mendapat hasil kesihatan mulut yang terbaik di rumah.

Berus gigi Oral-B iO ini menawarkan gabungan unik ciri-ciri inovatif, seperti pemacu magnet linear dan kepala berus yang direka bentuk semula, untuk memberikan kesihatan mulut yang unggul. Untuk siri kali ini, ia masih menggunakan kepala berus bulat dan dipadankan dengan pergerakan berayun, berputar dengan getaran mikro untuk memastikan pembersihan mendalam yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang mencapai setiap kontur.

Selain itu, berus gigi ini juga hadir dengan Sensor Tekanan Pintar, inovasi yang pertama seumpamanya memberikan maklum balas memberus yang positif, mengenal pasti dan membimbing pengguna untuk memberus dalam julat tekanan yang optimum.

Individu juga boleh memilih mod memberus yang diperibadikan. Ia menampilkan sehingga 5 mod berus iaitu mod Bersih Harian, Intens, Sensitif, Super Sensitif, Pemutihan.

Melalui aplikasi Oral-B iO, individu boleh menjejak sesi memberus yang direkodkan. Oral-B iO mempunyai antaramuka pengguna yang ringkas dan intuitif yang membimbing pengguna melalui sesi memberus selama dua minit dengan penjejakan gigi 3D untuk memastikan perasaan bersih profesional setiap masa.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Oral-B iO Series 5 baharu, ia kini boleh dibeli di Watsons atas talian dan kedai terpilih pada harga bermula RM1300.

Komen