Khusus untuk anda yang menggemari hidangan berasaskan mi dan air ros istimewa, Hokkien Prawn Mee dan Rosy Nyor Float kini tersedia di cawangan Sepiring berdekatan anda.
Bagi yang tidak mengetahui Sepiring adalah sebuah restoran tempatan yang digemari ramai dan diperakui Halal – Sepiring Cafe Sdn Bhd merupakan antara anak syarikat TCRS Restaurants Sdn Bhd (TCRS) yang berdiri di bawah payung yang sama dengan jenama restoran seperti The Chicken Rice Shop, Dubuyo, Sukiya Bowl dan banyak lagi.
Menghidangkan menu kegemaran rakyat tempatan seperti Laksa Penang, Pasembur, dan Rojak Penang, menu terbaharu ini akan menyempurnakan lagi pengalaman makan dengan setiap suapan. Dedikasi Sepiring untuk menawarkan hidangan asli Penang berasal daripada keinginan mereka untuk berkongsi citarasa kulinari yang terkenal di Malaysia.
Bagi anda yang ingin mencuba menu baharu dari Sepiring, berikut adalah senarai hidangan yang jangan anda lepaskan peluang untuk menikmatinya:
#1 Hokkien Prawn Mee
Untuk hidangan Mi Udang Penang ini, ia menampilkan mi berkuah yang mempunyai rasa yang sedikit pedas, dipadankan dengan sambal tumis untuk rasa yang lebih lazat.
#2 Rosy Nyor Float
Melengkapkan sajian makan anda pastilah perlu adanya kehadiran air yang segar iaitu Rosy Nyor Float atau air sirap ros dengan aiskrim vanila. Minuman ini hadir dengan aroma yang wangi, dan ditambah dengan kepingan nyor yang rangup, hidangan ini pasti akan membuatkan tekak anda berasa nyaman apabila dinikmati pada hari yang panas.
#3 Pasembur
Merupakan hidangan masa terhad, Pasembur adalah hidangan ikonik masyarakat utara yang terdiri daripada campuran sayur-sayuran, makanan laut, yang dihidang bersama kuah kacang.
#4 Rojak Penang
Selain itu, anda juga boleh mencuba Rojak Penang, makanan tradisi buah-buahan dan sayur-sayuran mentah yang dicampur dengan kuah rojak.
#5 Laksa Penang
Sekiranya anda menggemari sajian berkuah yang masam dan pedas, Laksa Penang antara menu yang mungkin perlu anda cuba apabila anda berkunjung ke restoran Sepiring.
#6 Cendol Sagu
Akhir sekali, anda juga boleh menikmati sajian pencuci mulut yang menyegarkan – iaitu Cendol Sagu yang dilengkapi dengan agar-agar tepung beras berperisa pandan dan dipadankan dengan sirap gula melaka.
Selain daripada menu edisi terhad ini, Sepiring turut hadir dengan beberapa pilihan makanan tradisional lain yang boleh anda cuba termasuk Nasi Ulam – yang disediakan bersama ayam percik di dalam talam untuk dinikmati bersama keluarga.