Selepas pengenalan biji kopi baharu iaitu BOSS dan LYDIA, ZUs Coffee kini tampil selangkah lagi ke hadapa menerusi pengenalan Siri Single Origin Espresso (SOE) yang menggunakan biji kopi dari
tanah tinggi Cauca, iaitu Columbian Popayan Reserve.
Siri Single Origin Espresso ini merupakan siri minuman premium ZUS Coffee yang mana ia menggunakan biji kopi premium yang dihasilkan dari satu rantau sahaja. Bagi yang tidak mengetahui, biji kopi Single Origin ini merujuk kepada biji kopi yang diperoleh dan diproses dari satu ladang kopi dan menampilkan satu profil panggangan sahaja.
Untuk biji kopi Columbian Papayan Reserve, ia menawarkan rasa dan aroma kulit oren dan coklat gelap yang mana di ZUS Coffee, ia tersedia untuk minuman:
- SOE Americano
- SOE CEO Latté
- SOE CEO Coconut Latté
- SOE Spanish Latté
Setakat ini, untuk anda yang ingin mencuba kopi Single Origin daripada ZUS Coffee, ianya hanya boleh didapati di 41 cawangan ZUS Coffee terpilih di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor sahaja.