Pada akhir tahun 2021, rangkaian restoran ayam goreng popular Filipina, Jollibee pertama kali meluaskan penawarannya ke Malaysia – buka cawangan pertama di Sunway Pyramid.
Dan pada Mei 2024 pula, Jollibee sekali lagi mengembangkan lagi portfolio mereka dengan memperkenalkan cawangan pandu-lalu pertama di Malaysia – memilih Seri Austin, Johor Bahru sebagai lokasi pertama.
Menerusi pengenalan ini, pengguna kini boleh pesanan terus daripada kereta untuk mendapatkan sajian makanan yang digemari seperti Chickenjoy Bundles, Jolliburger dan macam-macam lagi.
Sekiranya anda ingin berkunjung dan melakukan pesanan pandu-lalu ini, Jollibee DT ini terletak di Shell Seri Austin DT di 49, Jln Seri Austin 3/28, Taman Seri Austin, 81100 Johor Bahru, Johor. Dan waktu operasi ini bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Bagi yang tidak mengetahui, serba sedikit mengenai Jollibee, ia merupakan restoran yang menawarkan ayam goreng rangup yang lazat dan makanan segera klasik dengan sentuhan tropika yang berasal dari Filipina. Diasaskan pada tahun 1978 oleh Tony Tan Caktiong, syarikat itu dibina bermula sebagai kedai aiskrim, kemudian berkembang dan mula menyajikan makanan panas.
Jollibee dengan cepat menjadi peneraju pasaran dalam industri makanan segera Filipina dan menjelang 1998, merupakan perniagaan yang berjaya di peringkat global. Jenama ini terus dimiliki oleh Kumpulan Jollibee dengan lebih 1,400 lokasi di seluruh Asia, Eropah, AS dan UK.