Carian
ASICS Hadir Dengan Kasut Larian Baharu Untuk Siri GEL-KAYANO
June 11, 2024 Lina Rosli

ASICS memperkenalkan koleksi kasut larian baharu iaitu GEL-KAYANO 31. Untuk pengetahuan anda, siri GEL-KAYANO merupakan salah satu siri kasut larian ASICS yang paling popular.

Kasut ini dibina dan direka khas untuk pelari. Jika anda melihatnya, pada bahagian atas kasut, ia hadir dengan bahan mesh yang telah direka bentuk untuk memberikan pengudaraan yang lebih baik, memastikan kaki kekal sejuk pada jarak yang lebih jauh dan fleksibiliti yang dipertingkatkan supaya pelari mendapat keselesaan maksimum dengan setiap langkah.

Selain itu, ASICS juga melakukan pengemaskinian tapak luar kasut dengan bahan getah HYBRID ASICSGRIP. Dengan ini, kasut GEL-KAYANO 31 dijangka hadir dengan cengkaman yang lebih baik sepanjang larian.

Untuk mengukuhkan kestabilan kasut pula, kasut ini menggunakan teknologi PureGEL – yang mana ia memberikan penyerapan kejutan yang lebih baik dan peralihan yang lebih lancar sekaligus menambah perlindungan kaki yang selanjutnya.

Bagi yang berminat, kasut GEL-KAYANO 31 akan tersedia di kedai runcit ASICS, kedai atas-talian dan cawangan pengedar terpilih di Malaysia mulai 13 Jun 2024, pada harga RM 729.00.

Komen