Carian
KFC Malaysia Memperkenalkan Menu Edisi Terhad Pai Durian D24
June 11, 2024 Lina Rosli

KFC Malaysia kini hadir dengan menu pencuci mulut baharu iaitu D24 Durian Pie – untuk tempoh terhad bermula 11 Jun 2024 di semua cawangan KFC di Semenanjung Malaysia.

Pengenalan menu baharu ini bertepatan dengan buah kegemaran penduduk tempatan kerana teksturnya yang kaya, berkrim dan mempunyai keunikan yang tersendiri.

Untuk Pai Durian D24 ini, ia menampilkan kerak pai yang rangup, digabungkan dengan rasa krim durian yang manis dan berlemak.

Bagi anda yang ingin mencuba menu pencuci mulut baharu dari KFC ini, Pai Durian D24 ditawarkan pada harga bermula RM5.99.

Jangan lepaskan peluang untuk mencubanya dan kongsikan pengalaman anda bersama Tajria. Anda juga boleh mendapatkan hidangan ini melalui pesanan di aplikasi KFC atau layari www.KFC.com.my bermula hari ini!

Muat turun aplikasi KFC (iOS) (Android)

Komen