Carian
Kek Istimewa Sempena Hari Bapa Di Elevete Patisserie
June 12, 2024 Lina Rosli

Elevete Patisserie baru-baru ini memperkenalkan koleksi kek luar biasa yang dibuat dengan sempurna untuk Hari Bapa 2024. Pada tahun ini, berikan sambutan yang istimewa buat ayah anda menerusi penawaran trio kuih-muih lazat dari Elevete Patisserie – tersedia untuk pembelian mulai hari ini hingga 17 Jun 2024.

Sourdough Carrot Walnut Cake 

  • 5 Inci (0.8kg) | RM 80.00
  • 7 Inci (1kg) | RM 110.00
  • 9 Inci (2kg) | RM 125.00

Menampilkan kek klasik, hidangan ini direka dengan resipi baharu. Sourdough Carrot Walnut Cake diperbuat daripada lobak merah yang segar, kemudiannya diparut dan diselitkan dengan rempah ratus seperti kayu manis dan buah pala. Kek ini juga dihiasi krim keju frosting, biji labu dan aprikot kering,

Black Forest Roulade Entremet

  • RM 175.00

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan Black Forest Roulade Entreme. Ia merupakan kek span coklat yang dilengkapi dengan krim mascarpone dan mousse coklat gelap. Disebabkan penawarannya yang kelihatan mewah, kek ini merupakan kek black forest Elevate Patisserie yang paling laris.

Opera Cake

  • RM 85.00

Seterusnya, anda boleh mencuba juga kek span badam yang direndam di dalam sirap kopi – kemudiannya ditambah krim mentega kopi dan ganache coklat. Diilhamkan oleh keharmonian yang dibawa oleh bapa kepada kehidupan kita, Opera Cake adalah hidangan yang sempurna untuk disajikan sewaktu majlis tersebut.

Bagi yang ingin mendapatkan kek ini, ia boleh dinikmati bermula hari ini hingga 17 Jun 2024. Untuk memastikan kesegaran dan penghantaran tepat pada masanya, prapesan sebelum jam 4 petang untuk penghantaran atau pengambilan pada hari yang sama.

Komen