Carian
Sunway Sanctuary: Pusat Komuniti Yang Memfokuskan Kesihatan Untuk Warga Emas
June 19, 2024 Lina Rosli

Bagi yang tidak mengetahui, Sunway Sanctuary merupakan sebuah komuniti rumah penjagaan warga emas di Malaysia. Ia menyediakan ruang dan juga fasiliti gaya hidup bagi warga emas yang menginginkan gaya hidup persaraan yang aktif dan berfokuskan kesihatan

Selama setahun, Sunway Sanctuary telah menjadi pelopor kepada kehidupan persaraan berorientasikan gaya hidup bagi golongan Gen X di Malaysia yang semakin meningkat. Mereka hadir dengan inisiatif yang mengetengahkan misi yang menggalakkan penuaan aktif dan mentakrifkan semula kehidupan persaraan.

Di Sunway Sanctuary, para individu yang berdaftar akan memulakan hari mereka dengan sarapan pagi yang sihat dan lazat, diikuti dengan melakukan senaman fizikal setiap hari. Selepas itu, pelbagai aktiviti kumpulan dan individu disediakan untuk penyertaan mereka, daripada kelas seni dan permainan papan hinggalah berenang dan karaoke.

Dengan kadar penghunian 30% hingga 35% hanya dalam tahun pertamanya, Sunway Sanctuary telah menempatkan dirinya dalam kedudukan yang tersendiri. Kejayaan ini mencerminkan trend yang semakin meningkat dalam kalangan warga emas.

Di Sunway Sanctuary, mereka menyediakan persekitaran untuk warga emas bagi menjalani kehidupan aktif, mengecapi kebebasan serta menikmati kualiti hidup yang diperkaya dengan perkhidmatan kesihatan dan aktiviti rekreasi yang mudah diakses.

Melalui pengenalan pusat komuniti memfokuskan kesihatan ini, nampaknya landskap persaraan akan lebih berkembang dan menunjukkan perubahan yang positif untuk warga emas.

Komen