Jika anda berkunjung ke beberapa cawangan Watsons terpilih di seluruh Malaysia, anda akan mendapati ada segelintir cawangan yang mula menampilkan dekorasi serba baharu yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih lengkap dan menyeronokkan.
Antara cawangan Watsons yang boleh anda lawati adalah seperti di Midvalley Megamalll dan The TRX Exchange menampilkan beberapa ruang atau zon baharu yang boleh diterokai oleh para pengunjung seperti ruang pameran produk K-beauty dan juga beberapa zon pengalaman seperti My Beauty, Hair Studio dan Watsons To Go.
Di cawangan ini juga, anda akan melihat penggunaan warna dekorasi farmasi yang lebih terang dan berani – sesuai untuk menarik kunjungan dari golongan-golongan muda. Malah yang menarik juga, Watsons mula hadir dengan sudut fotografi atau dikenali sebagai zon Instagrammable yang memberi peluang kepada pengunjung untuk berkongsi detik-detik yang tidak dapat dilupakan bersama rakan-rakan sewaktu membeli-belah bersama-sama.
Selain itu, di Watsons terpilih juga, pengunjung atau pelanggan turut berpeluang untuk membeli koleksi album para selebriti K-Pop – dan juga beberapa koleksi cenderahati rasmi yang lain. Menarik bukan?
Bukan itu sahaja, Watsons Malaysia turut mula memperkenalkan The Kid’s Wonderland – yang bertujuan untuk menyediakan peluang yang sempurna kepada pelanggan membeli-belah bersama anak-anak mereka dan menikmati masa bersama keluarga yang berkualiti.
Bagi yang tidak mengetahui, tahun 2024 ini merupakan tahun ke-30 pembukaan Watsons di Malaysia. Jenama ini telah menjadi antara cawangan farmasi kegemaran rakyat Malaysia selama tiga dekad, dan kini menawarkan rangkaian luas produk yang memenuhi keperluan kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan.