Carian
Anastasia Beverly Hills Hadir Dengan Inovasi Terbaru Untuk Kesan Solekan Lebih Menawan – Beauty Balm Serum Boosted Skin Tint
June 20, 2024 Lina Rosli

Anastasia Beverly Hills baru-baru ini memperkenalkan inovasi terbarunya iaitu Beauty Balm Serum Boosted Skin Tint. Produk ini menggabungkan faedah penjagaan kulit dan kesan solekan yang lebih menawan.

Apa yang menarik, Beauty Balm Serum Boosted Skin Tint ini dikuasakan oleh teknologi biomimetik, ia memberikan solekan yang tipis hingga menyeluruh dengan tekstur seperti sutera – bertindak seperti menggunakan teknologi kecerdasan buatan untuk kulit anda.

Serum ini juga diformulasi menggunakan lapan ramuan penjagaan kulit, termasuk HA+ Microspheres dan minyak berkhasiat yang diuji pakar dermatologi. Malah, ia juga bebas daripada bahan tambahan berbahaya dan bersifat vegan – mencerminkan komitmen kami terhadap kecantikan beretika.

Tersedia dalam 16 warna yang boleh disesuaikan, Beauty Balm Serum Boosted Skin Tint menawarkan penggunaan yang cepat dan mudah di rumah atau semasa dalam perjalanan. Sama ada anda lebih suka mengadun cecair menggunakan hujung jari, span atau berus, tekstur yang ditawarkan adalah seperti sutera yang diserap lancar ke dalam kulit.

Bagi yang berminat, Anastasia Beverly Hills Beauty Balm Serum Boosted Skin Tint boleh didapati secara atas-talian Sephora.my ataupun di cawangan Sephora berdekatan anda.

Komen