Carian
TMC Fertility Beri Pendedahan Tentang Pemeliharaan Kesuburan Individu Menggunakan Teknologi Terkini
June 21, 2024 Lina Rosli

Tahukah anda bahawa masalah ketidaksuburan dalam kalangan individu sebenarnya telah menjejaskan kira-kira 10 hingga 15 peratus pasangan di Malaysia? Dan perkara ini bukan berlaku pada satu-satu jantina sahaja, tetapi melibatkan kedua-dua lelaki dan wanita yang mana mereka menghadapi pelbagai halangan dalam usaha mereka untuk menjadi ibu bapa.

Menurut Pengarah Perubatan dan juga Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Pakar Kesuburan, Dr Aldrin Lie Tze Min menjelaskan bahawa kebimbangan tentang masalah ketidaksuburan sememangnya semakin meningkat di Malaysia, dan ia semakin dirasai ramai pasangan pada setiap tahun.

Justeru, pemahaman tentang pilihan yang ada dan perancangan proaktif yang boleh dibuat adalah penting dalam menangani isu ini.

Di Malaysia, pendedahan terhadap kesuburan individu ini masih lagi rendah. Oleh itu, TMC Fertility @ Thomson Hospital Kota Damansara komited dalam memberi pendedahan kepada orang ramai tentang cara menangani masalah ketidaksuburan dan memastikan juga kemajuan teknologi dalam usaha memelihara kesuburan.

Di dalam sebuah acara yang diadakan secara tertutup bersama rakan media, pakar-pakar dari TMC Fertility berkongsi pandangan tentang perkembangan terkini dalam bidang ini dan menyatakan iltizam mereka untuk menyokong individu dan pasangan yang memerlukan bantuan menerusi teknologi terkini, kepakaran dan penjagaan kesihatan berteraskan pesakit.

Menurut Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Pakar Kesuburan, Dr Khairun Marina binti Bachok, pakar-pakar dari TMC Fertility telah memperoleh pengalaman yang meluas dalam bidang ini selaku perintis dalam bidang pemeliharaan kesuburan di Malaysia.

Pengalaman tersebut menyumbang kepada kadar kejayaan hampir 100% dalam pembekuan dan pencairan embrio, oosit dan sperma.

Menerusi acara itu juga, terdapat beberapa persoalan yang dikemukan dan sedikit sebanyak dapat membantu para individu yang ingin menjalani rawatan kesuburan mengetahui lebih lanjut tentang rawatan yang ditawarkan.

#1 Adakah selamat sekiranya individu ingin memasukkan lebih daripada satu sperma ke dalam embrio sewaktu proses IVF?

Secara teori jawapannya, ya. Namun, kebiasaannya pakar akan menyarankan untuk individu hanya menggunakan satu sperma bagi satu-satu proses IVF. Ini kerana, terdapat kebarangkalian potensi risiko yang tinggi sekiranya menggunakan lebih daripada satu sperma dalam setiap proses.

#2 Adakah rawatan kesuburan ini membolehkan individu untuk menyimpan embrio dan sperma untuk beberapa ketika sebelum menggunakannya untuk proses IV?

Jawapannya ya. Ini akan menggunakan prosedur cryopreservation iaitu pembekuan oosit atau lebih dikenali sebagai pembekuan telur, dan ia adalah proses di mana telur wanita (oosit) akan diekstrak, dibekukan dan disimpan supaya ia boleh digunakan untuk persenyawaan dan kehamilan pada peringkat seterusnya. 

#3 Apakah proses seterusnya selepas pensenyawaan embrio dan sperma? Adakah pakar akan meletakkan terus di ovari?

Sebenarnya, proses IVF ini memerlukan telur yang diambil disenyawakan dengan sperma pasangan di dalam makmal – bukan terus dilakukan di rahim. Ahli embriologi seterusnya akan memantau pertumbuhan dan perkembangan embrio selama sekitar 10 hingga 14 hari.

Embrio ini juga boleh dibekukan dan boleh dipindahkan ke dalam rahim wanita di kemudian hari. Selepas tempoh itu, barulah dimasukkan ke dalam rahim ibu untuk melihat hasilnya. Pakar juga akan buat ujian genetik juga sebelum masukkan di dalam uterus ibu.

#4 Adakah terdapat amalan diet yang perlu dilakukan oleh individu sewaktu prosedur IVF?

Jawapannya adalah, ya. Amalan gaya hidup sihat amat penting bagi memastikan tahap kesuburan individu berada pada paras yang optimum. Individu juga digalakkan mengambil diet pemakanan yang baik untuk kesihatan – sama seperti proses hamil yang biasa.

#5 Apakah hukum pembekuan telur bagi individu?

Secara umumnya, mengikut fatwa kebangsaan 2003, pembekuan dan pensenyawaan embrio dan sperma bagi wanita dan lelaki yang belum berkahwin adalah haram.

Namun, dalam kes wanita dan lelaki yang sudahpun berkahwin dan merancang untuk mendapatkan anak dalam tempoh perkahwinan mereka adalah digalakkan. Ini kerana prosedur yang dilaksanakan ke atas individu bukan sahaja menjamin kesejahteraan kedua-dua pasangan, tetapi juga bagi memastikan kesihatan bayi yang dikandungkan sepanjang proses kehamilan.

Sebagai salah sebuah pusat kesuburan perintis negara, Thomson Hospital @ TMC Fertility ialah pelopor dalam bidang rawatan kesuburan untuk rakyat Malaysia dan pesakit antarabangsa. Oleh itu, mereka sangat komited dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif dan cemerlang.

Dengan empat lagi cawangan TMC Fertility di Puchong, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru, kami merekodkan kadar kejayaan IVF antara 55 hingga 65 peratus, dengan 6,400 orang bayi IVF dilahirkan sehingga kini.

Untuk pengetahuan anda juga, perkhidmatan pemeliharaan kesuburan yang ditawarkan pusat ini direka khusus untuk menyokong individu dan pasangan yang berikhtiar untuk menjadikan harapan mereka satu kenyataan. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, TMC Fertility menawarkan promosi istimewa untuk khidmat pembekuan telur.

Bagi mendapatkan butiran lanjut, sila layari www.tmcfertility.com atau tetapkan temu janji menerusi talian +6016 211 1357 atau +6018 211 1088.

Komen