Jika anda lihat laman media sosial seperti TikTok, Instagram dan juga X, terdapat banyak perkongsian kandungan dari kalangan individu tentang produk kecantikan jenama Skintific – dan semestinya penulis tidak ingin ketinggalan dalam mencuba produk ini untuk solekan harian.
Produk dari Skintific yang penulis pilih adalah perbezaan penggunaan Serum Foundation dan juga Cushion Foundation dari Skintific.

Sebelum itu, bagi anda yang tidak mengetahui, bedak asas ini merupakan antara produk paling laris bagi jenama Skintific. Tidak dinafikan, kedua-dua produk ini memiliki ciri dan kelebihan yang tersendiri. Untuk mengetahui apakah yang menarik tentang bedak asas dari Skintific dan mana satu yang lebih sesuai untuk anda, Tajria hari ini akan berkongsi pengalaman penggunaan kedua-dua Cushion Foundation dan Serum Foundation Skintific.
Apa Yang Menarik Pada Cushion Foundation Skintific?
Untuk produk ini, penulis menggunakan kod warna Ivory.
Dari segi kemasan, Cushion Foundation Skintific hadir dalam kemasan compact yang praktis dan mudah dibawa ke mana saja. Dengan puff aplicator yang disediakan, penulis semestinya lebih mudah untuk melakukan solekan semula – sama ada untuk menambah solekan atau selepas mencuci solekan.
Berbeza dengan bedak asas biasa, bedak asas jenis kusyen ini memberikan coverage yang lebih menyeluruh – namun tetap terasa ringan di kulit dan sesuai untuk digunakan sepanjang hari. Selain itu, Cushion Foundation Skintific juga memberikan hasil akhir yang lebih segar (dewy dan glowing), membuat kulit terlihat lebih berseri dan solekan lebih kekal lama.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan Cushion Foundation Skintific yang ingin penulis ketengahkan iaitu:
- Pilihan Kod Warna Terbatas: Untuk jenis kusyen ini, Skintific tidak menyediakan warna pilihan bedak asas untuk warna kulit yang lebih gelap. Ini menyebabkan limitasi penggunaan dalam kalangan individu dengan tona warna kulit yang lebih sawo matang.
- Tidak sesuai untuk kegunaan solekan harian – kerana kuantiti cecair yang lebih sedikit jika dibandingkan bedas asas dalam botol.

Apa Yang Menarik Pada Serum Foundation Skintific?
Sementara untuk Serum Foundation Skintific pula, ini semestinya produk yang lebih digemari oleh penulis kerana bedak asas ini menggabungkan manfaat solekan dan juga produk penjagaan kulit.
Ia diformulasikan dengan bahan-bahan yang baik untuk kulit, seperti serum aktif, yang membantu merawat dan meningkatkan kesehatan kulit.

Selain itu, bedak asas ini juga memberikan hasil yang lebih kelihatan semula jadi dan tidak terlalu tebal. Ini sekaligus membuatkan penulis lebih memilih Serum Foundation Skintific untuk penggunaan sehari-hari. Malah, proses cuci solekan menggunakan bedak asas ini juga cenderung lebih mudah – sesuai untuk pengguna dengan muslimah yang kerap mencuci solekan setiap kali waktu solat.

Dari segi kekurangan bedak asas ini pula, Serum Foundation Skintific ditawarkan dalam botol kaca atau jenis pump. Ini menyebabkan penggunaannya tidak praktikal jika dibandingkan dengan bedak asas jenis kusyen.
Bukan itu sahaja, Serum Foundation Skintific juga tidak memberikan coverage seperti jenis kusyen – mungkin memerlukan penggunaan concealer tambahan untuk menutupi ketidaksempurnaan yang lebih besar.