Pada bulan Mac 2024 yang lepas, UNIQLO telah mengumumkan pembukaan kedai kendiri yang pertama mereka di Kedah – UNIQLO Amanjaya Walk.
Menerusi pengenalan ini, ia membolehkan pengunjung untuk terus ke UNIQLO tanpa perlu berkunjung ke pusat membeli-belah atau pasaraya berdekatan untuk mendapatkan barang dan item fesyen dari UNIQLO.
Di Kedah, selain di Amanjaya Walk, UNIQLO mempunyai sebuah lagi cawangan iaitu UNIQLO Aman Central yang mana ia telahpun beroperasi sejak tahun 2015. Namun, berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh jenama fesyen ini, cawangan UNIQLO Aman Central ini akan ditutup sepenuhnya mulai 1 Julai 2024.

Bagi anda yang telah melakukan pesanan ambil di kedai menerusi platform atas-talian UNIQLO, anda boleh mengambil barangan yang dipesan pada 30 Jun 2024. Untuk pengetahuan anda, UNIQLO Aman Central telahpun mengehadkan pembelian atas-talian mereka sejak 17 Jun 2024.
Jadi, sekiranya anda yang tinggal di Kedah dan ingin mendapatkan segala kelengkapan fesyen untuk setiap ahli keluarga, anda kini hanya boleh mendapatkannya di Kedai Kendiri Uniqlo di Amanjaya Walk.
Alamat: Lot No. 931, Seksyen 64, Bandar Amanjaya, 08000, Kedah.