Pernahkah anda mendengar tentang burung Huia? Jika tidak, tahukah anda burung Huia merupakan spesies burung yang jarang ditemui.
Burung Huia ialah burung hitam yang mempunyai warna bulu yang berkilat. Burung ini mempunyai saiz sekitar sebesar burung murai. Apa yang menjadikan burung Huia ini unik adalah ia mempunyai kilauan logam hijau dan berwarna ungu kebiruan. Sementara di bahagian ekor pula, bulu burung Huia mempunyai jalur putih yang tebal merentasi hujung ekor.
Baru-baru ini, menurut Webb’s Auction House, mereka menerima bidaan untuk sehelai bulu burung Huia New Zealand dijual pada harga $46,521 NZD (kira-kira $28,400 USD iaitu sekitar RM133,820)

Bagi Maori, bulu burung itu adalah tanda status yang tinggi dan bulu berujung putih yang tersendiri digunakan untuk hiasan kepala sewaktu upacara keagamaan. Hanya mereka yang berpangkat utama dibenarkan memakai bulu huia di rambut mereka atau seluruh kulit di telinga mereka, menurut Muzium New Zealand.