Durian dikenali sebagai “Raja Buah,” adalah buah tropika yang terkenal dengan rasa, aroma, dan tekstur uniknya. Isinya yang berwarna kuning keemasan mempunyai gabungan rasa manis, pahit dan krim yang menjadikannya kegemaran ramai, walaupun baunya yang kuat mungkin tidak disukai oleh sesetengah individu.
Durian mempunyai pelbagai varieti yang berbeza, seperti Musang King, D24, dan XO, masing-masing dengan ciri-ciri rasa dan tekstur yang tersendiri.
Untuk memudahkan anda menikmati durian tanpa perlu keluar rumah, banyak kedai kini menawarkan durian melalui platform penghantaran makanan seperti GrabFood. Dengan hanya beberapa klik, anda boleh memesan durian segar atau produk berasaskan durian dari pelbagai lokasi yang menawarkan kualiti premium.
#1 Dking SS2, Petaling Jaya
Dking SS2 adalah salah satu lokasi terkenal yang menawarkan durian berkualiti tinggi di sekitar Petaling Jaya. Dikenali dengan pilihan durian premium dan pelbagai produk durian, Dking SS2 menyediakan pelbagai jenis durian yang segar dan enak.
Anda boleh sama ada mengunjungi Dking SS2 secara langsung atau membuat pesanan melalui aplikasi penghantaran makanan seperti GrabFood untuk mendapatkan mana-mana durian kegemaran anda.
Selain di SS2, Dking Durian ini turut mempunyai beberapa kedai durian lain iaitu di sekitar Jalan Ampang bersebelahan Avenue K, di Karak dan juga Melaka.
#2 Say Heng Durian Stall, Subang Jaya
Ia merupakan lokasi durian yang telahpun beroperasi lebih dari 20 tahun. Khusus untuk peminat durian yang ingin mencuba pelbagai jenis durian termasuk XO, Udang Merah, Tekka, Golden Phoenix dan lain-lain, anda boleh mengunjungi Say Heng Durian Stall di Subang Jaya.
Bukan itu sahaja, ia turut menawarkan servis penghantaran ke sekitar kawasan Lembah Klang. Apa yang perlu anda lakukan adalah membuat pesanan sekurang-kurangnya sebelum jam 3 petang dan penghantaran durian anda akan dilakukan pada hari yang sama. J
Untuk membuat tempahan:
- Layari: Say Heng Durian
- Hubungi: +6012-9992333
#3 Durian Bear, Petaling Jaya
Seterusnya, sebuah lagi kedai durian yang menawarkan pelbagai jenis durian dengan perkhidmatan pelanggan yang amat memuaskan iaitu Durian Bear.
Selain menawarkan durian segar atau durian biji, ia juga menjual produk lain berasaskan durian seperti krepe durian, kek durian, cendol durian dan tempoyak.
Bagi yang berminat, Durian Bear mempunyai perkhidmatan penghantaran ke kawasan Lembah Klang.
Untuk membuat tempahan:
- Layari: Durian Bear
- Hubungi: +6016-8947992
#4 Ezy Durian, Batu Caves
Jika anda berada di utara Selangor, Ezy Durian adalah pilihan yang terbaik untuk anda mendapatkan durian.
Ezy Durian menjual pelbagai rangkaian durian termasuk jenis durian yang masih belum tiba musimnya seperti Durian Lipan Merah, Durian Balik Pulau, Durian D144 dan banyak lagi.
Seperti biasa, Ezy Durian juga mengambil pesanan tempahan secara atas-talian yang mana akan dihantar selepas dua jam penempahan dibuat. Kawasan penghantaran termasuk seluruh kawasan Lembah Klang.
Jika durian yang diterima sudah rosak, Ezy Durian menawarkan polisi pembayaran balik. Menarik bukan?
Untuk membuat tempahan:
- Layari: Ezy Durian
- Hubungi: +6011-2081 9711
#5 Berkeley Durian, Klang
Antara kedai durian yang telah lama beroperasi dalam industri jualan selama lebih dari 50 tahun, Berkeley Durian menawarkan pelbagai jenis durian untuk warga Klang.
Jenis durian yang dijual termasuk Udang Merah, D24, Butter King, Black Thorn dan banyak lagi. Baru-baru ini, syarikat ini mula menjual lebih banyak jenis buah termasuk avokado, strawberi, buah naga dan juga produk lain seperti telur organik.
Jika anda memerlukan perkhidmatan penghantaran, kedai mereka juga boleh didapati di aplikasi Grab dan anda boleh menikmati promosi diskaun di situ. Anda juga boleh membuat pengambilan sendiri di kedai mereka yang terletak di Taman Berkeley, Klang yang dibuka setiap hari dari jam 8.30 am sehingga 10malam.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +6016-6491511
#6 Master Durian, Jalan Brunei Utara
Terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, anda boleh nikmati pelbagai jenis durian pada harga mampu milik.
Bagi yang berminat, anda boleh membuat tempahan menu yang diinginkan melalui aplikasi GrabFood. Anda boleh membuat pesanan anda berdasarkan menu mereka yang serba lengkap di aplikasi tersebut.
#7 Durian Man SS2, Petaling Jaya
Durian Man dahulu adalah sebuah gerai yang kecil sejak tahun 1998 dan kini ia telah membesar menjadi lokasi yang terkenal dalam kalangan peminat durian di Lembah Klang.
Jika pada tahun sebelum pandemik, anda boleh menikmati durian yang segar dari ladang secara hidang atau jamuan buffet. Durian Man juga giat menjalankan promosi di laman Facebook mereka melalui sesi siaran langsung untuk mengumumkan harga runtuh buat bagi produk durian seperti dari jenis Musang King.
Untuk membuat tempahan:
- Layari: Durian Man
- Hubungi: +6012-2345619
#8 Rizky Durian,Taman Medan
Selain menawarkan pilihan durian popular seperti Musang King dan Black Thorn, Rizky Durian turut menampilkan pilihan durian yang lazat dan kurang mendapat perhatian seperti D2 Dato Nina, Tekka ataupun IOI Hajah Hasmah.
Dari segi julat harga, tawaran yang diberikan adalah bermula dari RM30 untuk 300g hingga ke RM234 untuk 1kg.
Anda boleh mendapatkannya melalui pembelian terus di aplikasi GrabFood.
#9 Durian Pudu Corner
Durian Pudu Corner hadir dengan pelbagai jenis durian yang memenuhi citarasa penggemar durian. Selain durian segar, Durian Pudu Corner mungkin menawarkan pilihan buah lain manggis, buah salak, rambutan dan oren mini.
Untuk maklumat lanjut atau membuat pesanan, anda boleh mengunjungi Durian Pudu Corner secara langsung atau mencari melalui aplikasi penghantaran makanan seperti GrabFood untuk kemudahan penghantaran.
#10 Durian Prince, Bandar Menjalara
Durian Prince Bandar Menjalara menawarkan kepada pengunjung pilihan durian berkualiti serta tawaran bundle set yang menarik. Antara contoh set berkas yang boleh anda dapatkan termasuklah:
- Bundle Set A: Mengandungi dua biji durian Musang King yang berkualiti tinggi dan dapatkan satu bekas durian D24 secara percuma.
- Bundle Set B: Menggabungkan dua biji durian Musang King dan dapatkan satu bekas durian XO secara percuma.
- Bundle Set C: Menggabungkan dua biji durian XO dan dapatkan satu bekas durian kampung secara percuma.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran dan bundle set, anda boleh melawat ke kedai Durian Prince Bandar Menjalara secara langsung atau memeriksa aplikasi GrabFood untuk melihat jika mereka menawarkan penghantaran ke kawasan anda.
Bersempena dengan musim durian ini juga, GrabFood turut menawarkan beberapa tawaran istimewa yang boleh anda dapatkan secara eksklusif pada aplikasi mereka.
Di GrabMart, anda boleh meneroka pelbagai pilihan durian segar, dari D24 hingga Musang King dan segala-galanya di antaranya. Nikmati juga tart durian, cendol durian, aiskrim durian, dan pelbagai minuman berasaskan durian dan nikmati diskaun sehingga 50% untuk item terpilih.