Carian
7CAFé oleh 7-Eleven Menyajikan 12 Pilihan Makanan Sedia Makan Baharu Pada Harga Bermula RM5.90
June 25, 2024 Lina Rosli

Sudahkah anda berkunjung 7CAFé berdekatan anda? Jika belum, tahukah anda 7CAFé oleh 7-Eleven kini menyajikan pelbagai hidangan makanan dan minuman yang mungkin akan menepati citarasa anda?

Apa yang menarik, baru-baru ini 7CAFé mula menawarkan 12 pilihan makanan sedia makan yang menepati citarasa tempatan pada harga yang mampu milik – iaitu bermula RM5.90 untuk satu hidangan lengkap.

Antara menu yang disediakan termasuklah:

  • Nasi Goreng Belado (RM5.90)
  • Nasi Goreng Telur (RM5.90)
  • Nasi Goreng Kampung (RM5.90)
  • Nasi Ayam Paprik (RM6.90)
  • Nasi Ayam Nyonya (RM6.90)
  • Nasi Pad Kra Pao (RM6.90)
  • Pasta Budae Jigae (RM8.90)
  • Pasta Keju Pedas (RM7.90)
  • Nasi Ayam Kong Pao (RM8.90)
  • Nasi Ayam Sweet and Sour (RM8.90)
  • Nasi Ayam Kam Heong (RM8.90)
  • Nasi Ayam Kari (RM8.90)

Menurut 7CAFé, kesemua menu ini disediakan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti – sekaligus memberikan rasa yang lebih lazat dan enak untuk dinikmati para pelanggan.

Jadi, apa tunggu lagi? Bagi anda yang berminat untuk mencuba hidangan ini, anda boleh berkunjung ke mana-mana rangkaian atau cawangan 7CAFé di 7-Eleven berdekatan anda.

Komen