CARiNG Pharmacy Melancarkan Rangkaian Produk Terbaharu ‘Mom and Cutie’
Lina Rosli
CARiNG Pharmacy baru-baru ini telah melancarkan rangkaian produk terbaharu mereka, ‘Mom and Cutie’ dalam kehangatan menyambut ulang tahun yang ke-30.
Menerusi pengenalan rangkaian produk ‘Mom and Cutie’ ini, ia memudahkan pengguna untuk mendapatkan barangan yang sinonim dalam penjagaan ibu dan bayi.

Di dalam rangkaian ‘Mom and Cutie’, ia menampilkan lebih daripada 200 jenama terkenal yang merangkumi produk seperti lampin, susu tepung, makanan dan snek bayi, penjagaan diri, vitamin dan suplemen untuk ibu mengandung atau baru bersalin.
Bukan itu sahaja, pengenalan ‘Mom and Cutie’ bukan hanya sekadar rangkaian produk, tetapi juga sebagai platform untuk sokongan menyeluruh kepada ibu bapa yang mana individu boleh mendapatkan konsultasi percuma, mengetahui promosi eksklusif untuk barangan tertentu, selain turut hadir dengan buku panduan ibu bapa bagi penjaga baharu.

Bagi anda yang ingin menerokai lebih lanjut tentang rangkaian ‘Mom and Cutie’ ini, kunjung ke CARiNG Pharmacy berdekatan anda.
Untuk pengetahuan anda, CARiNG Pharmacy kini telah melebarkan sayapnya dengan pembukaan lebih daripada 250 kedai di seluruh negara. Kunjungi ke CARiNG Pharmacy hari ini dan dapatkan produk kesihatan, kecantikan, dan barangan untuk keluarga anda semua di farmasi ini.