Salomon Dibuka Di The Exchange TRX – Menawarkan Produk Untuk Penggemar Sukan Dan Peminat Fesyen Pakaian Siar

June 28, 2024
Gaya Hidup

Lina Rosli

Salomon mengumumkan pembukaan kedai pertamanya di Malaysia di The Exchange TRX. Bagi yang tidak begitu mengenali jenama ini, Salomon merupakan jenama yang menawarkan kelengkapan yang sesuai untuk penggemar aktiviti luar dan peminat fesyen pakaian siar (street wear).

Sekiranya anda berkunjung ke Salomon di The Exchange TRX, anda sama ada boleh mendapatkan pelbagai pilihan kasut sukan dan kasut mendaki, peralatan berprestasi tinggi yang direka untuk marathon atau larian bandar dan bermacam-macam lagi.

Dengan fokus pada gaya dan fungsi, Salomon memastikan bahawa setiap produk memenuhi keperluan atlet moden dan individu yang aktif.

Kedai terbaharu ini akan menampilkan pelbagai koleksi menarik, termasuk item prestasi S/LAB yang dilengkapi dengan teknologi dan reka bentuk termaju, rangkaian Sportstyle dan koleksi edisi terhad, seperti koleksi kerjasama eksklusif dengan pereka antarabangsa terkenal Sandy Liang.

Untuk pengetahuan anda juga, Salomon adalah salah satu jenama dibawah ANTA. Maka dengan kehadiran Salomon di Malaysia, ini sekaligus mencerminkan komitmen ANTA untuk menembusi pasaran tempatan yang penuh potensi. 

Pada tahun 2019, ANTA Sports telah memperoleh Amer Sports yang memiliki jenama seperti Salomon, Arc’teryx, Atomic dan Wilson.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd