DESCENTE, jenama pakaian sukan berprestasi tinggi telah memasuki pasaran Asia Tenggara dengan pembukaan kedai pertamanya di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
Ditubuhkan pada tahun 1930-an dengan tumpuan awal pada pakaian ski, DESCENTE telah berkembang menjadi jenama global yang memfokuskan kepada estetik dan fungsi pada produk mereka.
Jenama ini menawarkan pakaian sukan yang direka dengan teliti untuk kecergasan, berlari, berbasikal, sukan golf dan ski. Setiap rekaan dibuat dengan teknologi canggih dan ciri-ciri inovatif untuk memenuhi keperluan para atlet – selain memastikan prestasi fizikal berada di paras maksima sewaktu beraktiviti.
Baru-baru ini juga, jenama ini telah memperbaharui dan menyepadukan teknologi mereka menerusi pengenalan Descente’s Infinite Movement menggabungkan corak Motion 3D, fabrik regangan 4 hala, pelapik elastik Toray Dermizax, pelapik regangan dalaman dan banyak lagi untuk memudahkan pergerakan dengan meningkatkan keselesaan, mobiliti dan prestasi.
Pembukaan Kedai DESCENTE Yang Pertama Di Asia Tenggara
Kedai DESCENTE yang baru dibuka di Kuala Lumpur menampilkan rangkaian komprehensif koleksi yang memenuhi keperluan atlet dan pemakai harian dengan kualiti yang luar biasa dan reka bentuk yang inovatif. Kunjungi kedai baharu ini untuk merasai kehebatan produk DESCENTE.
Untuk maklumat lanjut tentang DESCENTE, anda boleh kunjungi ke laman media sosial mereka di www.instagram.com/descente_sea atau www.facebook.com/descentesoutheastasia.