Fairfield by Marriott Jalan Pahang Kini Dinamakan Sebagai Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur

July 1, 2024
destinasi

Lina Rosli

Baru-baru ini, Fairfield by Marriott Jalan Pahang telah mengumumkan penamaan semula nama mereka kepada Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur. Menurut mereka, penamaan ini bertujuan untuk memberi penghormatan kepada lokasi utama hotel di pertengahan Chow Kit, pusat budaya tempatan, masakan dan komuniti.

Oleh itu, dengan adanya transformasi, ia mempamerkan keindahan yang dinamik dan keunikan yang pelbagai dari kawasan bandar ini. Diilhamkan oleh warisan unik, The Beauty of Simplicity, tetamu boleh menikmati pengalaman percutian dengan penginapan yang mesra, santai, dan selesa di Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan anda, Fairfield by Marriott Chow Kit digambarkan sebagai jenama estetik “modern calm” – di seluruh ruang awamnya. Hotel ini menampilkan 186 bilik yang luas dan serba lengkap.

Bagi anda yang ingin menikmati pengalaman yang nyaman dan mudah dengan setiap penginapan, Fairfield by Marriott Chow Kit telah memperkenalkan beberapa kategori bilik baharu, termasuk Bilik Superior Corner, Bilik Deluxe Corner, dan Bilik Premier (sebelum dikenali sebagai Bilik Deluxe).

Sama ada untuk perjalanan perniagaan atau percutian, penambahan ini direka untuk memenuhi pelbagai keperluan dan pilihan pelanggan. Dengan dekorasi moden dan staf yang ramah di The Fairfield Guarantee, tetamu boleh menjangkakan hospitaliti mesra dan kemudahan yang dipercayai dengan setiap penginapan.

Tawaran Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur Kepada Pelanggan

Untuk pengalaman yang lebih baik, Fairfield by Marriott Chow Kit telah meningkatkan kapasiti untuk menganjurkan mesyuarat perniagaan, seminar, atau acara peribadi yang boleh memuatkan hampir 50 orang peserta.

Hotel ini juga menawarkan peralatan AV dan servis katering untuk memastikan pengalaman yang profesional dan lancar. Tetamu boleh memilih daripada pelbagai pilihan yangboleh disesuaikan mengikut saiz acara dan untuk memenuhi keperluan tetamu.

Satu ciri istimewa adalah surau yang direka indah, menampilkan seni bina “Moorish” dengan pemandangan panorama bandar. Ruang yang tenang ini terbuka kepada semua tetamu dan ia adalah tempat yang sempurna untuk menganjurkan majlis akad nikah, acara keagamaan kecil seperti Doa Selamat, bacaan Yassin, atau majlis Khatam al-Quran untuk kapasiti seramai 50 orang.

Makan Halal Dengan Pilihan Untuk Semua

Restoran utama Fairfield by Marriott Chow Kit, Lesung, secara rasmi diperakui Halal oleh JAKIM dan menawarkan pelbagai pilihan masakan tempatan Malaysia dan hidangan klasik western. Restoran sudah menaik taraf menu à la carte dengan rangkaian hidangan dengan pilihan untuk semua jenis tetamu.

The Market, yang berada di ruang serbaguna lobi, adalah pilihan yang mudah untuk tetamu untuk mencari makanan segera semasa dalam perjalanan. Ruang ini baru sahaja diperbaharui, memberikan suasana yang selesa dengan pelbagai pilihan minuman, pastri, dan snek untuk dibawa.

Dengan komitmen kepada perkara-perkara mudah seperti sambutan mesra, katil yang selesa untuk tidur malam yang nyenyak, dan sarapan panas percuma, tetamu boleh mengharapkan tempat yang mereka boleh percayai untuk menjadikan penginapan utama mereka dan santai di Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur.

Menyelami Keindahan Chow Kit

Di kawasan yang meriah dan kaya dengan budaya Chow Kit, Fairfield by Marriott Chow Kit memberikan tetamu peluang untuk menerokai budaya dan warisan tempatan Kampung Baru.

Lokasi utama hotel ini juga menawarkan akses mudah untuk pelanggan mereka meraikan kemeriahan hasil segar dan suasana bandar – Pasar Chow Kit dan Bazaar Baru.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd