Danone melancarkan AptamilTM KID C-SynB, iaitu formula susu tumbesaran inovatif yang direka khusus untuk menyokong keperluan pemakanan kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas yang dilahirkan melalui pembedahan Caesarean (C-section).
Untuk pengetahuan anda, C-section merupakan salah satu prosedur yang digunapakai oleh kebanyakan hospital dalam menyelamatkan nyawa ibu dan kandungan.
Baru-baru ini, kajian menunjukkan bahawa prosedur C-Section berkemungkinan menyumbang kepada mikrobiota usus kurang seimbang terhadap kanak-kanak, walaupun yang berumur lebih 1 tahun. Ketidakseimbangan dalam bakteria usus ini, yang dikenali sebagai disbiosis usus, berpotensi memberikan impak kepada imuniti dan perkembangan otak kanak-kanak.
Oleh itu, Danone sebagai salah satu pengeluar produk tenusu global, mereka kini hadi dengan satu produk yang direka khusus untuk menangani cabaran unik yang dihadapi oleh kanak-kanak yang lahir melalui pembedahan C-section dalam membentuk mikrobiota usus yang pelbagai.
AptamilTM KID C-SynB merupakan satu-satunya formula terbukti dengan Synbio+ dan sokongan 27 kali lebih pantas untuk imuniti melalui normalisasi mikrobiota usus. Ia menyokong pembangunan mikrobiota usus yang sihat, sekali gus membantu kanak-kanak yang dilahirkan melalui pembedahan C-section mencapai kematangan imun untuk kehidupan yang lebih sihat.
Menurut Danone juga, AptamilTM KID C-SynB mengandungi gabungan unik prebiotik dan probiotik, yang penting dalam meningkatkan kesihatan usus dan menyokong sistem imun kanak-kanak. Pendekatan inovatif ini bukan sahaja membantu dalam membangunkan mikrobiom usus yang sihat tetapi turut menawarkan nutrien lain yang baik untuk kanak-kanak seperti 5 nutrien otak untuk perkembangan otak termasuk Sphingomyelin, Omega 3,6,9, Vitamin B12, Tryptophan, dan DHA .
Aptamil KIDTM C-SynB kini boleh didapati di seluruh negara di kebanyakan peruncit utama dan kedai atas talian pada harga disyorkan RM68.00 untuk pek 600g.