Carian
Senarai Kafe Dan Kedai Pencuci Mulut Yang Menawarkan Hidangan Berasaskan Coklat Di Pavilion Bukit Jalil
July 2, 2024 Lina Rosli

Bagi anda yang menggemari manisan, lebih-lebih lagi coklat, pasti anda tidak ingin ketinggalan untuk menikmati pilihan-pilihan coklat yang lazat daripada jenama-jenama popular tempatan dan luar negara.

Untuk pengetahuan anda, bersempena sambutan Hari Coklat yang diraikan pada 7 Julai ini, Pavilion Bukit Jalil telah menyenaraikan semua kedai-kedai manisan coklat termasuk kafe dan restoran yang boleh anda terokai bersama keluarga dan rakan-rakan.

#1 Kafe Dan Restoran Yang Menawarkan Pastri Dan Menu Berasaskan Coklat

Sekiranya anda berkunjung ke Pavilion Bukit Jalil, pastikan anda tidak terlupa untuk menikmati hidangan berasaskan coklat di Christine’s Bakery. Antara menu yang boleh anda cuba termasuklah bagel ‘Choco-Bliss’ yang lazat dan mengiurkan.

Manakala di Paris Baguette, anda boleh mencuba pencuci mulut dan juga minuman ais coklat signature mereka.

Lokasi kedai lain yang boleh anda kunjungi:

  • Paris Baguette, Tingkat 3 (Zon Jingga)
  • Lavender, Tingkat 1 (Zon Jingga)
  • Chezchoux, Tingkat 1 (Zon Jingga)
  • Vanilla Mille Crepe, Tingkat 1 (Zon Oren)
  • Asuka Cafe, Tingkat 4 (Zon Merah Jambu)
  • Christine’s Bakery, Tingkat 3 (Zon Jingga)

#2 Kafe Yang Menawarkan Minuman Berperisa Coklat

Di Pavilion Bukit Jalil juga, terdapat beberapa kedai minuman yang menawarkan sajian minuman berperisa coklat yang boleh anda cuba.

Dengan pilihan daripada minuman coklat, ais krim dan fondue, jangan lupa untuk berkunjung ke Molten Chocolate untuk menikmati kelazatan coklat yang tiada tandingannya.

Selain itu, ZUS Coffee juga mempunyai barisan pilihan minuman coklat menarik yang pastinya membuatkan anda berasa segar sepanjang hari – tambah lagi ketika cuaca panas. Untuk pengetahuan anda juga, ZUS turut memperkenalkan biskut kuki coklat yang dibungkus di dalam pek mudah alih.

Lokasi:

  • ZUS Coffee, Tingkat 1 (Zon Merah Jambu)
  • llaollao, Tingkat 1 (Zon Merah Jambu)
  • Baskin Robbins, Tingkat 3 (Zon Jingga)
  • MIXUE, Tingkat 5 (Zon Jingga)
  • Molten Chocolate, Tingkat 5 (Zon Merah Jambu)

#3 Kedai Dengan Variasi Snek Coklat

Untuk anda yang menggemari snek atau kudap-kudapan selepas makan, anda mungkin boleh mendapatkan sebungkus popcorn gourmet coklat rangup daripada myEureka Snack.

Ataupun, anda juga boleh mendapatkan tawaran coklat daripada ROYCE yang menawarkan rasa coklat asli dan yang terdapat juga padanan coklat dengan perisa lain seperti pistachio, karamel dan beri.

Lokasi:

  • myEureka, Tingkat 1 (Zon Jingga)
  • Famous Amos, Tingkat 1 (Zon Jingga)
  • ROYCE, Tingkat 1 (Zon Jingga)
  • Street Churros, Tingkat 1 (Zon Jingga)

Menarik bukan? Dengan adanya senarai kedai dan kafe yang menarik ini, nampaknya anda boleh merancang perjalanan anda ketika berkunjung ke Pavilion Bukit Jalil. Anda juga boleh menikmati pelbagai promosi dan diskaun menarik yang ditawarkan oleh kesemua kafe dan kedai ini.

Komen