Carian
Rexona Komited Dalam Memperkasa Rakyat Malaysia Untuk Bergerak Aktif Menerusi Kempen Rexona Protect
July 4, 2024 Lina Rosli

Rexona berbesar hati mengumumkan kempen terbaharu mereka, Rexona Protect, yang menggalakkan pengguna mengamalkan gaya hidup aktif dengan penuh keyakinan tanpa mengira situasi pada setiap hari.

Menawarkan kesegaran dan wangian berpanjangan, Rexona menyuntik semangat kepada semua orang untuk kekal segar dan yakin melalui formulasi inovatif produknya yang memastikan perlindungan maksimum daripada peluh dan bau bawah lengan – terutamanya dalam iklim panas dan lembap di Malaysia. 

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 melaporkan bahawa hampir 30% orang dewasa di Malaysia tidak aktif secara fizikal. Situasi ini berkemungkinan disebabkan oleh iklim panas dan lembap sepanjang tahun di negara kita sekali gus menyebabkan aktiviti fizikal kurang diminati.

Oleh itu, dengan adanya teknologi Active Shield Rexona yang berkesan, ia sekaligus dapat memastikan perlindungan luar biasa terhadap peluh dan bau seiring dengan gaya hidup rakyat Malaysia serta cuaca panas.

Dengan ini, sama ada ketika anda berusaha menjayakan senaman rutin, menjalani hari kerja yang sibuk atau dalam perjalanan ke mana-mana destinasi, Rexona memastikan pengguna sentiasa berasa segar, wangi, dan yakin selama 72 jam.  

Komen