La Roche-Posay Memperkenalkan Molekul Melasyl Menerusi Produk Baharu MELA B3 – Rawatan Untuk Pigmentasi
Lina Rosli
La Roche-Posay memperkenalkan rangkaian produk baharu MELA B3 yang menampilkan inovasi terbesar L’Oréal dalam merawat masalah pigmentasi, Melasyl.
Pertama kali dibentangkan di Kongres Dermatologi Dunia 2023, Melasyl diperkenalkan bersama hasil kajian epidemiologi yang pertama melibatkan 48,000 peserta dari 34 negara di seluruh benua.
Kajian tersebut mendedahkan penyebaran luas masalah pigmentasi di seluruh dunia dan kesan ketara terhadap kualiti hidup dan stigma.

Dalam satu kajian oleh La Roche- Posay, 22% daripada responden berasa kurang disayangi oleh keluarga dan rakan-rakan, 19% menyatakan mereka telah memalukan keluarga dan saudara-mara, dan 20% merasa dijauhi oleh pasangan disebabkan stigma sosial yang kuat terhadap masalah pigmentasi
Oleh itu, barisan produk MELA B3 meraikan era baru dalam rawatan hiperpigmentasi, menangani pelbagai masalah kulit dan mempengaruhi jutaan orang di seluruh dunia serta memberi kesan mendalam terhadap penampilan dan kesihatan mental.
Sebagai salah satu keadaan kulit yang paling kompleks untuk difahami dan dirawat, L’Oréal dan La Roche-Posay tampil dalam bentuk Melasyl, sebuah molekul baharu dengan tindakan yang unik untuk mengatasi pigmentasi.
Melaluinya, molekul ini akan memintas melanin berlebihan sebelum sampai ke permukaan kulit, memerangkap prekursor melanin. Kesannya, hasil yang ketara dalam tempoh seawal satu minggu dapat dilihat.

MELA B3 menampilkan manfaat utama seperti anti-radang untuk mengurangkan keradangan disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran UV dan pencemaran, pembaharuan kulit dan pengelupasan sel-sel mati untuk menggalakkan pembaharuan sel dan mengurangkan bintik gelap, serta perlindungan antioksidan untuk melindungi daripada radikal bebas yang merangsang penghasilan melanin.
Serum MELA B3 menawarkan penyelesaian menyeluruh yang sesuai untuk semua warna kulit. Formula inovatif ini menggabungkan MelasylTM dengan 10% Niacinamide (Vitamin B3) dan kandungan lain untuk menangani faktor-faktor utama yang menyumbang kepada hiperpigmentasi.

Rangkaian MELA B3 boleh didapati di semua farmasi utama dan platform e-dagang. Dikuasakan oleh MelasylTM dan Niacinamide, La Roche-Posay mempersembahkan rutin dengan 3 langkah untuk mereka yang mengalami kesan fizikal dan mental hiperpigmentasi:
- Mulakan dengan MELA B3 Clarifying Micro-Peeling Gel Cleanser yang baharu yang dijual pada harga RM 89.90.
- Seterusnya tambahkan serum MELA B3 yang berharga RM 199.90 ke dalam rutin.
- Akhir sekali, lengkapkan rutin anda dengan CREAM MELA B3 SPF30 yang baru pada harga RM 159.90 sebotol.