Baru-baru ini, JBL, syarikat audio terkemuka dalam industri telah memperkenalkan beberapa produk menarik di jerayawara JBL Heart of Sound bermula bermula 3 hingga 7 Julai 2024 yang berlangsung di 1 Utama, Concourse Old Wing.
Bagi anda yang tidak mengetahui tentang JBL, jenama audio gaya hidup ini merupakan jenama di bawah Harman International. Memfokuskan kepada pengeluaran peralatan audio dan bunyi, JBL hadir dengan variasi pilihan produk audio yang menepati citarasa kebanyakan individu.
Antara produk baharu yang diperkenalkan termasuklah JBL Soundgear Frame – merupakan cermin mata hitam dengan sokongan pembesar suara secara terbina.

Dari segi rekaan, JBL Soundgear Frame menampilkan bingkai yang ringan dan selesa – yang mana anda boleh memilih sama ada ingin mendapatkan bingkai empat segi ataupun bingkai bulat. Menjadikannya lebih trendy adalah pilihan warna yang pelbagai iaitu warna Amber, Pearl dan Onyx.
Bingkai JBL Soundframe Gear pula diperbuat daripada plastik yang mana anda tidak perlu risau akan ketidakselesaan pemakaian jika dipakai sepanjang hari.
JBL Soundgear Frame – Cermin Mata 2-Dalam-1 Dari JBL
JBL Soundgear Frame dilengkapi dengan pembesar suara yang menghala terus ke telinga – boleh berfungsi sebagai fon telinga. Dengan ini, anda boleh terus memainkan muzik atau melakukan sambungan panggilan telefon terus pada cermin mata tanpa memerlukan anda menambah aksesori lain pada telinga.

Menurut JBL, walaupun terdapat pembesar suara pada cermin mata ini, bunyi yang ditampilkan adalah cukup jelas untuk didengari oleh anda tanpa mengganggu orang di sekeliling. Selain itu, JBL juga masih mengekalkan teknologi yang sama ditawarkan pada produk audio yang lain seperti ciri pembatalan hingar (ANC) persekitaran. Dengan ini, anda masih lagi boleh menikmati bunyi audio yang berkualiti dan seimbang sewaktu menggunakan JBL Soundgear Frame.
JBL Soundgear Frame juga mempunyai sambungan Bluetooth, membolehkan pengguna menyambungnya dengan mudah kepada telefon pintar atau tablet. Selain itu, ia dilengkapi dengan mikrofon terbina – membolehkan si pemakai menjawab panggilan telefon tanpa perlu mengeluarkan telefon dari poket.

Dengan bateri yang tahan sehingga 8 jam dengan sekali caj, JBL Soundgear Frame sesuai untuk penggunaan sepanjang hari. Ini menjadikannya ideal untuk individu yang sibuk dan sentiasa bergerak.
Secara keseluruhan, JBL Soundgear Frame adalah satu produk yang menggabungkan rekaan yang elegan dengan teknologi audio yang canggih. Produk ini bukan sahaja memenuhi keperluan praktikal pengguna tetapi juga menambah elemen gaya kepada penampilan harian.

Dengan ciri-ciri yang ditawarkan, JBL Soundgear Frame adalah pelaburan yang berbaloi untuk sesiapa yang menghargai kualiti bunyi dan keselesaan dalam satu pakej.
Bagi yang berminat, JBL Soundgear Frame ini dijual pada harga RM999 sebuah.