Carian
Bungkus Kaw Kaw Mula Memperkenalkan Kiosk Layan Diri Secara Berperingkat
July 5, 2024 Lina Rosli

Menjadi antara pilihan hidangan sarapan yang mudah tetapi lazat, Bungkus Kaw Kaw menyajikan pelbagai makanan dan minuman tradisional yang boleh didapatkan pada harga yang berbaloi.

Bungkus Kaw Kaw tidak sekadar menawarkan hidangan seperti roti bakar dengan telur separuh masak bersama kopi ais kaw, jenama ini turut hadir dengan penawaran hidangan berat seperti nasi lemak berlauk dan juga mihun goreng bungkus serta menampilkan pelbagai pilihan kuih-kuih tradisional.

Baru-baru ini, Bungkus Kaw Kaw dilihat mula meningkatkan pengalaman pembelian di kedai menerusi pengenalan kiosk layan diri di cawangan terpilih. Dengan ini, pelanggan boleh melakukan pesanan makanan terus di kiosk tanpa perlu menunggu di dalam barisan di kaunter.

Bukan itu sahaja, pengenalan ini juga dijangka akan membawakan pengalaman makan di kedai yang lebih selesa dan pantas selain menarik lebih ramai pelanggan muda untuk berkunjung sambil menikmati hidangan yang lazat sepanjang waktu.

Untuk pembelian di kiosk layan diri ini, transaksi pembayaran boleh dilakukan menggunakan kad debit atau kredit.

Komen