UNIQLO Komited Di Dalam Mengutamakan Kelestarian Alam Sekitar Dan Memelihara Kawasan Hijau
Lina Rosli
Sejak September 2019, UNIQLO telahpun menukar penggunaan beg plastik kepada beg membeli-belah yang mesra alam iaitu beg kertas FSC.
Bagi yang tidak mengetahui, beg kertas UNIQLO ini sebenarnya diperbuat daripada kertas kitar semula yang telah mendapat sijil daripada FSC iaitu Forest Stewardship Council. Melaluinya, beg tersebut telah disahkan memelihara kepelbagaian biologi dan memberi manfaat kepada kehidupan penduduk dan pekerja tempatan, sambil memastikannya mengekalkan daya maju ekonomi.

Selari dengan misi penggunaan beg mesra alam ini juga, UNIQLO dengan kerjasama FRIM telah menyumbangkan dana sebanyak RM200,000 bagi membiayai pelbagai inisiatif mampan yang merangkumi aktiviti pemantauan dan penyelenggaraan hutan selain turut melakukan pemuliharaan alam sekitar.
Selain kerjasama yang termeterai bersama FRIM, UNIQLO turut aktif dalam menawarkan sumbangan kepada taman hutan tempatan, iaitu Taman Tugu. Dana ini berfungsi bagi menyokong inisiatif seperti program Plant Giveaway dan Plant & Hunt, yang direka untuk memupuk kesedaran dan tindakan ke arah mengurangkan jejak karbon dalam komuniti.

Sebagai sebahagian daripada usaha kelestarian alam sekitar, UNIQLO akan terus meneroka penyelesaian dan perkongsian untuk terus menyokong pemuliharaan hutan dan inisiatif perlindungan alam sekitar di Malaysia dan di peringkat global.
Untuk maklumat lanjut tentang UNIQLO dan inisiatif kemampanannya, anda boleh layari www.uniqlo.com/my.