Carian
Bagaimana Cara Untuk Memastikan Udara Dalaman Rumah Kekal Sihat Dan Bersih?
July 9, 2024 Lina Rosli

Secara umumnya, amalan penjagaan rumah yang bersih dan sihat amatlah penting bagi memastikan seluruh penghuni rumah dan ahli keluarga sentiasa berada di dalam keadaan yang baik.

Walau bagaimanapun, amalan ini boleh menjadi satu tugas yang sukar lebih-lebih lagi bagi anda yang perlu membahagikan waktu antara kerjaya dan keluarga, sudah tentu ia memerlukan tenaga dan keupayaan yang maksima untuk melaksanakan kesemuanya dalam satu masa.

Bercakap mengenai rumah bersih dan bebas pencemaran, ia bukan sekadar kotoran fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar, ia juga merangkumi udara dan habuk yang tidak bersih yang memasuki rumah melalui tingkap dan pintu terbuka. 

Setakat ini, purata tahap kebersihan udara dalam bagi kebanyakan rumah di Malaysia adalah baik-baik sahaja. Namun, sebelum rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega, baru-baru ini telah direkodkan yang mana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tempatan mencecah paras tidak sihat – setinggi 163 dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Walaupun kebanyakan orang menganggap pencemaran udara hanya sebagai isu bagi mereka yang menghabiskan banyak masa di luar rumah, kesan kesihatan negatif juga berlaku pada udara dalam rumah.

Bagaimana Cara Untuk Memastikan Udara Dalaman Rumah Kekal Sihat Dan Bersih?

Pencemaran udara dalaman selalunya disebabkan oleh asap yang dilepaskan selepas memasak, produk pembersih dan bahan binaan yang boleh memberi kesan kepada kesihatan dengan ketara.

Malah, bahan pencemar dari kenderaan dan juga kawasan perindustrian juga menjadi faktor utama yang boleh membawa kepada penyakit pernafasan kronik dan masalah kardiovaskular.

Untuk memastikan kebersihan udara persekitaran anda terjamin, penggunaan pembersih udara adalah sangat digalakkkan. Bagi yang tidak mengetahui, penapis udara boleh menapis dan membersihkan udara di dalam ruang dalaman sekaligus menjadikannya lebih selamat dan selesa untuk penghuni rumah. Malah, penapis udara juga tidak seperti sistem pengudaraan yang rumit yang mana memerlukan campur tangan manual yang kerap.

Tidak dinafikan, terdapat banyak jenama pembersih udara yang hadir di pasaran. Ini tidak terkecuali, Kurin International.

Kurin, jenama pemborong perkakas rumah premium, berhasrat untuk memerangi isu-isu ini dengan teknologi canggih dalam produk pembersih udaranya yang diluluskan secara perubatan.

Kurin telah ditubuhkan di Malaysia pada 2018, dengan tumpuan khusus untuk meningkatkan kualiti udara untuk kumpulan yang terdedah seperti bayi baru lahir dan ibu baru. Oleh itu, ia didedikasikan untuk menawarkan penapis udara berkualiti tinggi dan mampu milik yang mengubah persekitaran dalaman.

Pembersih Udara Yang Ditawarkan Oleh Kurin

Produk utama Kurin termasuk penapis udara Airmed™ V5 Pro dan Pet P700, kedua-duanya merupakan contoh teknologi penulenan udara inovatif jenama itu.

V5 Pro menggunakan sistem penapisan lima langkah yang merangkumi penapis HEPA H14 – yang memenuhi piawaian global.

Melaluinya, ia akan membersihkan udara dengan mengeluarkan 99.97% zarah menggunakan ciri pembasmian kuman Ultraviolet- C (UVC) Light, serta teknologi Airmed™ Anion yang dipatenkan oleh Kurin – berfungsi untuk menyegarkan udara sambil menjejaskan kestabilan bakteria dan virus tanpa menghasilkan ozon.

Selain itu, sistem ini mempunyai pra-penapis yang diperbuat daripada bahan silikon anti-kulat, antibakteria, serta penapis arang bio-diaktifkan. Pengguna juga boleh menghubungkan perkakas ini dengan rangkaian WiFi di dalam rumah – bagi melakukan penyepaduan dan membolehkan kawalan jauh pembersih udara dari mana-mana sahaja.

Ciri ini juga memastikan penapis udara anda diaktifkan apabila anda tiba di rumah dan dinyahaktifkan apabila anda keluar dari ruang tertentu.

Sementara Pet P700 menggunakan ‘Penapis Perubatan Anti Alergen 3 Lapisan’ revolusioner, yang membawa kepada kadar kecekapan tinggi untuk memerangkap bulu haiwan, bau haiwan dan potensi alergen lain yang serupa.

Ia juga melaksanakan Teknologi Dwi Saluran Udara, yang membolehkan udara diventilasi dan diedarkan dengan pantas.

Bagi pengguna yang berminat, produk Kurin akan dipamerkan di Ekspo Haiwan Peliharaan dari 25 hingga 28 Julai 2024 di Pusat Pameran Mid Valley, dan Ekspo Kehidupan Rumah di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid dari 30 Ogos hingga 1 September 2024.

Anda boleh melihat sendiri keberkesanan teknologi penulenan udara Airmed™ Kurin. Untuk maklumat lanjut & pembelian produk, layari https://kurin.my.

Komen