Apabila bercakap tentang penjagaan kulit, pasti ramai dalam kalangan individu sebenarnya terlepas pandang atau mungkin sering mengabaikan rutin penjagaan leher.
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya amalan menjaga leher adalah sama pentingnya dengan menjaga wajah. Anda masih perlu menyapu serum, menggunakan pelembap dan losyen dan lain-lain produk untuk mengurangkan kedutan dan garis ketara pada leher anda.
Malah, anda juga sebenarnya perlu memakai SPF pada leher bagi mengurangkan tanda-tanda penuaan pramatang. Dan walaupun garis leher adalah normal, perubahan sedikit rutin pada gaya hidup sememangnya boleh membantu mengelakkannya.
Apa Itu Garis Leher?
Secara umumnya, kedutan atau garis leher berlaku disebabkan oleh gabungan penuaan semula jadi dan aktiviti harian yang kita lakukan.
Garisan mendatar pada leher anda disebabkan oleh faktor yang sama yang menyebabkan kedutan pada bahagian lain muka anda. Kurangnya penjagaan asas kulit, bersama-sama dengan penyempitan otot di bawah kulit, membawa kepada lipatan kulit dan kedutan yang lama kelamaan akan menjadi rapat antara satu kawasan ke kawasan kulit yang lain – walaupun kulit dalam keadaan rehat.
Terdapat beberapa faktor atau punca yang menyebabkan kulit leher berkedut dan menimbulkan masalah garis kulit. Ini termasuk:
- kerosakan akibat matahari
- merokok
- kolagen dan elastin tidak berfungsi secara optimum
- individu yang mempunyai kulit yang lebih cerah cenderung lebih terdedah kepada penuaan dan kedutan – dibandingkan dengan individu yang mempunyai jenis kulit yang lebih gelap.
Cara Mencegah Garis Leher
Pakar mencadangkan penggunaan produk penjagaan kulit yang sesuai dalam rutin seperti krim yang mempunyai bahan aktif seperti retinol, pelindung matahari, peptida dan asid alfa-hidroksi.
Anda juga boleh membuat pilihan gaya hidup yang lebih sihat dengan cara memastikan tubuh badan kekal terhidrat, mendapat tidur yang berkualiti, mengamalkan diet yang sihat, dan menggunakan pelindung matahari setiap hari.