Kemaskini Menarik Pada Samsung Galaxy Z Flip6 Dan Z Fold6 – Sensor Kamera Dan Bateri Lebih Besar, Turut Menyokong Galaxy AI

July 10, 2024
Gajet Dan Teknologi

Lina Rosli

Pada tahun 2024 ini, menjadi antara model yang cukup dinanti-natikan oleh kebanyakan individu, Samsung kini hadir dengan kemaskini baharu untuk model Samsung Galaxy Z Fold6 dan Z Flip6.

Bagi anda yang sedia mengetahui tentang model peranti boleh-lipat dari Samsung ini, tahukah anda, terdapat sejumlah ciri dan teknologi baharu telah diperkenalkan oleh jenama ini? Ini termasuk penawaran bingkai lensa dan sensor kamera yang lebih baik, sokongan IP68, dilengkapi bingkai Aluminium Armor dan Corning Gorilla Glass Victus 2 serta struktur dwi-rel serba baharu.

Menarik bukan? Sekiranya anda ingin mengetahui apakah inovasi yang ditampilkan oleh Samsung pada kedua-dua Samsung Galaxy Flip6 dan Fold6, Tajria kali ini akan berkongsikan kepada anda senarai kemaskini yang ditawarkan oleh Samsung untuk pada acara kali ini.

#1 Sensor Kamera Utama Yang Lebih Besar

Kemaskini terbesar Samsung untuk model Samsung Galaxy Z Flip6 kali ini adalah penawaran sensor kamera utama yang lebih besar iaitu 50MP berbanding Samsung Galaxy Z Flip5 yang hanya menawarkan sensor 12MP sahaja.

Dengan adanya kamera sensor utama yang lebih besar, nampaknya pengalaman penggunaan Samsung Galaxy Flip6 nampaknya adalah lebih maksima. Anda bukan sahaja anda boleh mendapatkan rakaman gambar dan video yang lebih berkualiti tetapi juga memberikan pengalaman berhubung yang lebih baik – ketika sesi perbincangan maya dan lain-lain.

Selari dengan penggunaan sensor kamera yang lebih besar, model Z Flip6 ini juga sesuai untuk penggambaran nightography untuk hasil rakaman gambar yang lebih terang. Spesifikasi lensa untuk model Z Flip6 adalah seperti berikut – kamera utama 50MP dan 12MP sensor ultra-lenar dengan kemampuan zum optikal 3x. Manakala untuk kamera swafoto pula menampilkan lensa 12MP.

Untuk Samsung Z Fold6 pula, Samsung kekal menggunakan sensor kamera 50MP+12MP+10MP denham kelebihan zum sehingga 30X zum space dan 3x zum optikal yang dikuasakan oleh teknologi AI Super Resolution.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa mod-mod rakaman yang menarik turut dikemaskini berdasarkan keperluan pengguna seperti Sketch to Image (boleh menjana sehingga 5 lukisan), generative edit dan portraits studio (boleh menjana ilustrasi seperti comic, 3D art, sketch dan watercolor daripada gambar biasa)

#2 Kemasan Sisi Yang Lebih Bersegi

Hampir sama dengan model Z Flip5 sebelum ini, Samsung kali ini menambahbaik bahagian engsel dan binaan peranti yang mana ia hadir dengan engsel yang lebih nipis dan sekaligus menjadikan peranti boleh tertutup rapat.

Jadinya, anda tidak lagi perlu risau akan kemasukan bendasing di dalam rongga antara skrin. Selain itu, ia sekaligus membuatkan tangan rasa lebih selesa sewaktu memakai dan memegangnya di tangan.

Ia juga menampilkan kemasan sisi yang lebih bersegi – sama seperti model Galaxy A mereka sebelum ini. Samsung turut mengekalkan kemasan yang kurang berkilau seperti tahun lalu yang mana Samsung Galaxy Z Flip6 kini kelihatan lebih moden selain turut mengurang risiko peranti tampak kotor lebih cepat.

#3 Galaxy AI Diperluaskan Pada Model Peranti Boleh-Lipat Samsung

Di acara Galaxy Unpacked 2024 untuk model mercu Samsung Galaxy S sebelum ini, Samsung telah memperkenalkan Galaxy AI yang mana ia memfokuskan kepada teknologi kecerdasan buatan secara terbina di dalam peranti siri Samsung Galaxy S24.

Terdapat tiga fungsi menarik yang boleh anda terokai menggunakan Galaxy AI iaitu Notes Assist, Chat Assist dan Call Assist. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan hanya membuka Samsung Notes di peranti, kemudian pilih dokumen sedia ada atau dokumen baharu bagi mula menggunakan Note Assist.

Seterusnya, teknologi baharu Galaxy AI ini kini disokong oleh kedua-dua model peranti boleh-lipat Samsung iaitu Samsung Galaxy Z Fold6 dan Z Flip6.

Dan Samsung tidak berhenti di situ sahaja, kini pengguna Samsung boleh menggunakan beberapa ciri AI yang lain seperti Note Assist edisi kemaskini, Browsing Assist (untuk carian di web), Transcript Assist, mod Interpreter dan Conversation dan banyak lagi.

#4 Cip Berkuasa Dan Bateri Yang Lebih Tahan Lama

Untuk kedua-dua model ini, Samsung menawarkan cip Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy. Dengan penggunaan cip yang lebih berkuasa ini, nampaknya pengguna tidak perlu risau akan prestasi peranti lebih-lebih lagi sekiranya anda perlu melakukan banyak tugasan pada peranti secara serentak.

Melengkapkan Samsung Galaxy Z Flip6 adalah kehadiran bateri yang lebih tahan lama iaitu 4,000mAh – merupakan kapasiti bateri paling besar jika dibandingkan dengan model sebelum ini serta turut membawakan pengecasan pantas 25W yang boleh mengecas meningkat kepada 50% kapasiti bateri dan Fast Wireless Charging 2.0.

Untuk Samsung Galaxy Z Fold6 pula dilengkapi dengan bateri sebesar 4,400mAh yang juga membawakan pengecasan pantas 25W yang boleh mengecas meningkat kepada 50% kapasiti bateri dan Fast Wireless Charging 2.0.

#5 Guna Air Command Untuk Terus Berimaginasi – Sketch

Taskbar merupakan ciri yang penting untuk peranti boleh-lipat Z Fold6. Dan untuk model kali ini, Samsung telah mengemaskini sokongan taskbar yang membenarkan pengguna untuk tarik dan letak terus kepada halaman skrin utama untuk melakukan tugasan multi-tetingkap (multi-window).

Tidak ketinggalan, Galaxy Fold6 juga menampilkan Air Command yang memudahkan pengguna untuk terus melakar idea terus pada skrin peranti dan menerjemahkan lakaran kepada ilustrasi yang lebih versatile.

Samsung turut membawakan S Pen yang telah dikemaskini untuk memberikan pengalaman penulisan yang unggul pada Galaxy Z Fold6. Ciri dan alatan ini disatukan untuk menyampaikan produktiviti yang berkuasa pada skrin besar dan membolehkan pengguna menyelesaikan tugas penting dari mana-mana sahaja.

Apakah Pilihan Warna Yang Ada Pada Samsung Boleh-Lipat Terbaru Ini?

Untuk Samsung Galaxy Z Fold6, antara pilihan warna yang ditawarkan adalah:

  • Silver Shadow
  • Peach
  • Navy

Manakala Samsung Galaxy Z Flip6 pula, terdapat 4 pilihan warna yang ditawarkan iaitu:

  • Silver Shadow
  • Mint
  • Yellow
  • Blue

Bagi anda yang berminat untuk kedua-dua Samsung Galaxy Z Flip6 dan Z Fold6 boleh didapati pada harga:

  • Samsung Galaxy Z Flip6 (12/256GB) – RM 4999
  • Samsung Galaxy Z Flip6 (12/512GB) – RM 5599
  • Samsung Galaxy Z Fold6 (12/256GB) – RM 7299
  • Samsung Galaxy Z Fold6 (12/512GB) – RM 7899
  • Samsung Galaxy Z Fold6 (12/1000GB) – RM 9099

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd