Selain dua model peranti boleh-lipat Samsung Galaxy Z Flip6 dan juga Galaxy Z Fold6, Samsung turut memperkenalkan Galaxy Watch7 dan Galaxy Watch Ultra yang dikuasakan juga oleh Galaxy AI.
Memfokuskan kepada kesejahteraan yang menyeluruh, Samsung Galaxy Watch7 dan Watch Ultra menampilkan pelbagai ciri dan fungsi menarik yang membantu anda menjalani rutin harian dengan lebih sihat.

Apa Yang Menarik Pada Samsung Galaxy Watch7?
Secara umumnya, Samsung Galaxy Watch7 direka untuk membantu anda memahami diri sendiri dengan lebih baik. Menerusi penawaran penjejakan kesihatan untuk lebih 100 jenis senaman, ia bukan sahaja meningkatkan motivasi individu untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat, tetapi juga memudahkan anda merekod aktiviti senaman harian dengan lebih mudah dan lebih praktikal untuk anda.

Menerusi Workout Routine, anda boleh menggabungkan pelbagai latihan untuk mencapai matlamat anda. Antara ciri menarik yang ada pada Samsung Galaxy Watch7 termasuk:
- Body Composition: Memberi gambaran lengkap tentang keadaan badan anda.
- Heart Rate Monitoring & ECG: Memantau kesihatan jantung secara masa nyata.
- Sleep Analysis: Menawarkan algoritma AI baharu untuk analisis tidur yang lebih tepat.
Galaxy Watch7 juga dilengkapi sensor BioActive yang lebih tepat dan boleh menjejak proses penuaan biologi anda menerusi teknologi advanced glycation end products (AGEs).
Apa Yang Membezakan Samsung Galaxy Watch Ultra Dengan Samsung Galaxy Watch7?
Galaxy Watch Ultra adalah jam tangan pintar paling canggih dari Samsung, direka untuk pencapaian maksima dengan ciri kesihatan yang dipertingkatkan dan ketahanan ekstrim – sesuai untuk anda yang gemar melakukan aktiviti lasak yang ekstrim seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, berenang dan sebagainya.
Antara ciri dan fungsi yang boleh anda guna pada Samsung Galaxy Watch Ultra termasuk:
- Multi-sports Tile: Menjejak triathlon dari berenang, berbasikal hingga berlari.
- Functional Threshold Power (FTP): Mengukur kuasa berbasikal maksimum dalam 4 minit dengan bantuan AI.
- Personalized HR Zone: Latihan pada intensiti optimal berdasarkan keupayaan fizikal anda.
- Emergency Siren: Makluman kecemasan sekiranya terlibat di dalam insiden semasa aktiviti ekstrem.

Menurut Samsung, Samsung Galaxy Watch Ultra mempunyai hayat bateri paling lama jika dibandingkan dengan model lain di dalam barisan Galaxy Watch – kemampuan ketahanan bateri sehingga 100 jam dalam mod penjimatan kuasa.
Bagi anda yang berminat, Samsung Galaxy Watch7 dan Galaxy Watch Ultra akan tersedia untuk pra-tempahan di Malaysia bermula 10 Julai 2024, dan boleh didapati secara umum mulai 24 Julai 2024.

Harga untuk Samsung Galaxy Watch7 dan Galaxy Watch Ultra:
- Samsung Galaxy Watch7 (40mm) RM1,199 (BT) | RM1,499 (LTE)
- Samsung Galaxy Watch7 (44mm) RM1,299 (BT) | RM1,599 (LTE)