Carian
Siri Samsung Galaxy Buds3 Kini Lebih Pintar Dengan Adanya Galaxy AI
July 10, 2024 Lina Rosli

Samsung memperkenalkan siri Galaxy Buds3 yang membawa pengalaman komunikasi baru yang dikuasakan Galaxy AI.

Sewaktu pertama kali Tajria mencuba Galaxy Buds3 Pro ini, kami mencubanya sewaktu menghadiri kelas dalam bahasa asing yang mana ia dipadankan dengan Samsung Galaxy Z Fold6.

Menggunakannya untuk mendengar terjemahan Bahasa Korea kepada Bahasa Inggeris, penulis menggunakan Samsung Galaxy Buds3 ini dan mengaktifkan mod Interpreter pada Galaxy Z Fold6. Dengan ini, penulis dapat mendengar terjemahan langsung dengan jelas.

Berbanding siri Galaxy Buds yang lain, Samsung Galaxy Buds3 hadir dengan fungsi untuk memainkan atau menghentikan muzik hanya dengan suara, tanpa perlu menyentuh earbuds atau telefon pintar.

Siri Galaxy Buds3 juga mengoptimumkan bunyi secara pintar dengan Adaptive EQ dan Adaptive ANC, memastikan kualiti bunyi terbaik dalam pelbagai keadaan.

Dengan reka bentuk blade yang selesa dan bergaya, anda boleh mengawal peranti hanya dengan mencubit atau meleret pada blade fon telinga Samsung.

Perbezaan Antara Samsung Galaxy Buds3 Dan Buds3 Pro

Berikut adalah dua perbezaan yang boleh anda perhatikan Galaxy Buds3:

  • Galaxy Buds3 Pro: Hadir dengan reka bentuk Canal Type untuk bunyi mendalam. Untuk versi Pro juga, ia dilengkapi pembesar suara 2 hala dan ciri Dual Amplifiers untuk bunyi yang lebih jelas.
  • Galaxy Buds3: Menampilkan rekaan Open Type untuk penggunaan yang lebih fleksibel dan selesa.

Bagi yang berminat, SamsungGalaxy Buds3 tersedia dalam warna Silver dan White. Harga jualan bagi Samsung Galaxy Buds3 Pro adalah  RM999, sementara Galaxy Buds3 pula berharga RM599.

Komen