OATSIDE Mula Menurunkan Harga Untuk Susu Barista Blend Dan Susu Coklat 1L
Lina Rosli
Baru-baru ini, OATSIDE, jenama susu berasaskan tumbuh-tumbuhan yang berasal dari Singapura telah mengumumkan yang mana mereka telah menurunkan harga untuk dua produk mereka iaitu OATSIDE 1L Barista Blend dan varian Coklat.
Menurut OATSIDE, dengan menurunkan harga runcit untuk dua produk, ia sekaligus menjadikan susu oat lebih mudah diakses oleh khalayak yang lebih luas.
Untuk pengetahuan anda, sebelum ini OATSIDE 1L Barista Blend dan varian Coklat dijual pada harga RM14.50 dan kini diturunkan menjadi RM9.90 – penurunan kira-kira sekitar 30% dari harga awal. Untuk mendapatkannya, anda boleh berkunjung ke peruncit utama di seluruh Malaysia, termasuk Village Grocer, Jaya Grocer, Ben’s Independent Grocer, The Food Merchant, QRA, Aeon, dan Seibu+.

OATSIDE menjangkakan pelaksanaan penuh pengurangan harga ini di seluruh peruncit untuk berkuatkuasa menjelang September 2024.
Tambah OATSIDE juga, walaupun mereka akan memperkenalkan harga baharu untuk produk itu, formula dan bahan yang digunakan masih lagi sama.

Bagi yang belum pernah mencuba susu OATSIDE, susu ini menggunakan bijiran berkualiti dari Australia yang dipanggang dan diproses sepenuhnya di Bandung, Indonesia.
Apa yang menjadikan susu berasaskan tumbuhan ini menarik adalah kualiti yang ditawarkan di dalam setiap tegukan yang mana ia memperlihatkan tekstur susu yang pekat dan berkrim tanpa memberikan rasa akhir bijiran yang terlalu kuat dan mengganggu.
Berikut adalah ciri yang membezakan Oatside dengan susu berasaskan tumbuhan yang lain:
- Mempunyai visual yang pekat dan cloudy
- Tiada sedimen kelihatan pada permukaan susu
- Hadir dengan tahap konsentrasi yang likat
- Rasa bijirin yang konsisten, berkacang dan malty