Carian
Watsons Malaysia Memperkenalkan Kapal Terbang Berjenama Watsons – Membolehkan Penumpang Beli-Belah Semasa Penerbangan
July 11, 2024 Lina Rosli

Sempena sambutan ulang tahun Watsons Malaysia yang ke-30, nampaknya jenama ini mula memperluaskan penawaran mereka melalui pengenalan kapal terbang berjenama sendiri.

Dengan kolaborasinya bersama AirAsia, Watsons Malaysia bakal membawa penumpang terbang menggunakan kapal terbangnya mulai pertengahan Julai 2024 – di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan anda, Watsons Malaysia merupakan peruncit pertama di Malaysia yang mempunyai kapal terbang berjenama sendiri. Dengan pengenalan ini, nampaknya para penumpang boleh kekal berbelanja dan mendapatkan segala keperluan penjagaan diri sewaktu penerbangan.

Antara keperluan yang boleh anda dapatkan termasuklah produk daripada kategori produk utama seperti keperluan perjalanan dan kesihatan, produk kecantikan untuk kegunaan semasa dalam perjalanan, jenama eksklusif dan produk Jenama Watsons.

Penumpang boleh melihat dan mengimbas kod QR tawaran ini dengan mudah sebelum berlepas. Dan kemudiannya boleh membeli-belah dan mengutip pembelian mereka di mana-mana daripada 700+ kedai Watsons di Malaysia semasa ketibaan.

Ahli Watsons juga boleh menikmati keistimewaan seluruh rantau seperti Asia One Pass, yang boleh didapati di 10 pasaran. Ini membolehkan ahli Watsons mendapatkan tawaran ahli tempatan semasa perjalanan mereka dan memperoleh mata ganjaran, bukan sahaja di pasaran rumah mereka tetapi juga di pasaran Watsons lain di seluruh Asia.

Komen